Cara baru hasilkan iklan dengan lebih pantas | PandaiTech Blog

Cara baru hasilkan iklan dengan lebih pantas

 

Solopreneur dan small business owner wajib tahu: Update terbaru platform AI kami, W.


Hai,

Dua minggu lepas, kami kongsikan satu ciri baru dalam platform AI kami yang dipanggil 'W Memory'. Tujuannya mudah: untuk bantu AI 'ingat' semua maklumat bisnes anda. Jadi anda tak perlu lagi ulang benda yang sama setiap kali buka chat baru.

Tapi malam tadi, kami bawakan satu lagi upgrade yang penting.

Namanya W Memory versi 2.0.

Dan ini bukan sekadar penambahbaikan biasa. Ia adalah satu perubahan besar dalam cara anda boleh gunakan AI untuk marketing.

Versi 2.0 ada dua ciri utama baru: Auto-Load Memories dan Improved Memories.

Jom kita lihat satu per satu.

Pertama, Auto-Load Memories

Bayangkan, anda dah simpan semua maklumat penting bisnes anda—nama produk, harga, target market, USP, dan sebagainya—dalam senarai 'favorite' di W Memory.

Dengan Auto-Load, AI kami akan secara automatik 'sedut' semua maklumat ini setiap kali ia nak hasilkan sesuatu untuk anda.

Contohnya, anda cuma perlu taip, "Buatkan iklan untuk brand aku."

AI kami akan terus rujuk maklumat yang anda dah simpan dan hasilkan iklan yang lengkap dengan konteks bisnes anda. Tak perlu sebut nama brand. Tak perlu bagi maklumat produk. Tak perlu taip panjang-panjang.

AI kami dah faham.

Kedua, Improved Memories

Ini lagi satu perubahan yang besar impaknya.

Lepas anda masukkan tiga maklumat asas bisnes anda (nama bisnes, jenis produk, dan target market), AI kami akan mula 'berfikir'.

Ia akan analisis bisnes anda dan hasilkan soalan-soalan spesifik untuk kenal pasti 'loophole' atau ruang kosong dalam maklumat anda.

Contohnya, untuk bisnes bengkel kreatif 'Cipta Karya', AI kami bertanya:

"What is your most popular activity or product among customers?"

"What kind of overall brand aesthetic or vibe do you want to convey in your marketing materials?"

Soalan-soalan ini bukan rawak. Ia direka untuk bantu AI faham bisnes anda dengan lebih mendalam. Semakin banyak anda jawab, semakin tajam dan relevan output yang AI akan berikan.

Ini bermakna, AI bukan lagi sekadar pembantu. Ia dah jadi rakan strategik yang sentiasa belajar dan cuba faham bisnes anda.

Bonus: W Workspace

Oh, dan jangan lupa, kami juga perkenalkan W Workspace.

Ini adalah 'folder' khas untuk anda yang menguruskan pelbagai kempen atau SKU. Anda boleh asingkan maklumat untuk setiap kempen atau produk yang berbeza, jadi konteks tak bercampur.


Semua ciri baru ini—W Memory 2.0 dan W Workspace—dah tersedia untuk anda cuba sekarang.

Cuba sekarang di Limaulabs W

Ia boleh dicuba secara PERCUMA sekarang. Masuk dan terus guna untuk projek anda.

Ikhlas dari,

Ilham Adli
Marketing & Customer Success @ Limaulabs


P/S: Nak tengok video penuh bagaimana kami gunakan W Memory untuk bantu AI ingat segalanya tentang bisnes anda?

Anda boleh tonton rakaman penuh sesi live minggu lepas di
YouTube kami. Banyak lagi 'hidden gems' yang kami kongsikan di sana.

Jemput hadir sesi kami yang seterusnya. Boleh tengok updates di
Telegram atau laman rasmi Limaulabs.