Belajar ChatGPT Dengan Teknik yang Dikongsikan oleh OpenAI Sendiri | PandaiTech Blog

Belajar ChatGPT Dengan Teknik yang Dikongsikan oleh OpenAI Sendiri

Perbincangan tentang teknik-teknik yang dikongsikan sendiri oleh OpenAI dalam bahasa yang mudah difahami.

Untuk belajar ChatGPT, ada beberapa sumber rasmi daripada OpenAI untuk anda kaji dan fahamkan.

 

Salah satunya adalah daripada ‘OpenAI Documentation’, boleh refer di sini.

 

Selain itu, ada juga beberapa video interview bersama CEO OpenAI, Sam Altman yang anda boleh cari di YouTube.

 

Walaupun ini bukan course atau kelas atau masterclass, ada beberapa penerangan yang mendalam yang dikongsikan, terutamanya tentang ‘macam mana ChatGPT berfungsi’.

 

Untuk course atau kelas pula, boleh refer kepada course daripada deeplearning.ai ini. Course ini bukanlah rasmi daripada OpenAI, tapi, course ini ditaja oleh OpenAI.

 

Maksudnya, OpenAI endorse apa yang disampaikan dalam course ini.

 

Tajuk course ini ialah ‘ChatGPT Prompt Engineering for Developers’. Oleh sebab course ini ditujukan kepada developer/programmer, bahasa yang digunakan agak teknikal.

 

Untuk orang yang dah biasa memang tiada masalah, tapi untuk orang yang tak pernah terlibat dalam bidang programming, mungkin akan pening.

 

Dalam post kali ini, saya akan terangkan serba sedikit tentang input-input yang disampaikan dalam course ini dengan bahasa yang mudah difahami.



1. Iterative Prompt Development

Dalam prompting, biasanya, kita tak akan dapat jawapan yang terbaik dengan sekali mesej sahaja.

 

Ada proses yang perlu dilalui, iaitu:

 

Gambar oleh deeplearning.ai

Proses yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

 

  1. Mula dulu, boleh tulis perkara yang simple seperti: ‘Summarize this product description’.
  2. Baca jawapan yang diberikan
  3. Kenal pasti apa isu yang ada, dan apa yang anda nak ChatGPT improve.
  4. Tambah prompt anda (supaya lagi lengkap): ‘Summarize this product description, limit to 30 words’.
  5. Ulang 2-4.

Ada beberapa perkara yang anda boleh buat untuk lengkapkan prompt anda. Salah satunya ialah dengan bagi lagi banyak contoh dekat ChatGPT, biar dia lagi faham apa yang anda nak.



2. Transforming

Transforming adalah proses untuk mengubah struktur/gaya bahasa sesuatu ayat.

 

Boleh juga guna teknik ini untuk tambah baik ayat yang anda telah tulis.

 

Saya selalu guna prompt ini untuk minta ChatGPT ubah skrip video TikTok saya jadi lebih menarik.


‘Make the script more compelling.’

Selain itu, saya akan bagitahu juga apa contoh skrip yang menarik, antaranya:

 

Ada banyak lagi sebenarnya perkara yang perlu ditekankan untuk menjadikan sesuatu video tu menarik.

 

Disebabkan saya bekerja sorang-sorang, masa yang saya ada amat terhad.

 

Saya juga tiada team/partner untuk saya bincang sesuatu idea.

 

Bukan semua jawapan yang ChatGPT bagi kita boleh pakai, tapi setakat ni dia memang dah banyak tolong saya buat content.

 

Setakat ni hasilnya memuaskan.



3. Inferring

Teknik ini melibatkan proses untuk memahami konteks sesuatu ayat dan memberi maklum balas yang sesuai.

 

Anda boleh menggunakan ChatGPT untuk mengenalpasti sentimen, maksud atau tujuan sesuatu teks.

 

Kalau video TikTok anda ada terlampau banyak komen dan anda tak sempat nak baca satu-satu, boleh copy & paste semua komen tersebut dan minta ChatGPT kenalpasti sentimen komen-komen tersebut.

 

Bolehlah anda tau, lagi banyak komen positif ke lagi banyak kecaman yang anda dapat.


‘What are the percentages of the positive and negative sentiments of all the comments?’

Anda boleh juga ubahsuai prompt tersebut untuk kenalpasti tone-tone lain seperti marah, suka dan lain-lain.

 

Kalau nak lagi lengkap, boleh gunakan teknik prompt padat seperti dalam video ini untuk memastikan anda bagi input yang cukup dekat ChatGPT.

 

Barulah jawapan dia akan jadi lagi tepat.




Kesimpulan

Itulah dia antara teknik-teknik yang diajar dalam course deeplearning.ai ni.

 

Ada beberapa lagi yang saya tak masukkan sebab saya rasa macam dah biasa, dan sebagai follower PandaiTech, besar kemungkinan anda dah tau.

 

Tapi kalau anda nak tengok juga, bolehlah pergi ke link ini:

 

Bagi saya, course ini menarik sebab ada beberapa teknik yang jarang kita nak jumpa dekat tempat lain.

 

Course ini juga adalah salah satu rujukan saya untuk buat ChatGPT Promptcrafter Course.

 

Kalau anda nak belajar teknik prompt engineering secara berstruktur dan dalam bahasa yang mudah faham, boleh check out: