Apa yang selalu berulang?
Contohnya mengira harga, membuat quotation atau menyusun maklumat pelanggan.
Kalau software yang anda bayar tidak betul-betul sesuai dengan kerja anda, sekarang anda boleh bina tool komputer sendiri dengan bantuan AI.
Tak perlu pandai coding. Tak perlu buka syarikat baru. Mula dengan satu masalah kecil yang anda selalu hadapi.
Cara lama
Dulu, kita guna apa sahaja tool yang ada.
Kita simpan data dalam Excel, ambil tempahan melalui WhatsApp dan salin maklumat secara manual. Apabila bisnes berkembang, file bertambah dan proses menjadi semakin rumit.
Kemudian kita langgan software. Tetapi kerana ia dibina untuk ramai orang, kita pula terpaksa mengubah cara kerja mengikut software.
Dulu, hanya syarikat besar mampu membina software khas. Kini, AI membuka peluang itu kepada semua.
Apa yang saya belajar
Software sendiri boleh menjadi kelebihan sebuah syarikat.
Saya pernah bekerja di syarikat saham nombor satu di Malaysia. Salah satu kelebihannya ialah internal software yang dibina mengikut keperluan syarikat.
Apabila cara kerja berubah, software itu juga boleh diubah. Kami tidak perlu menunggu developer software membuat perubahan—itu pun kalau mereka mahu melayan feature request kita.
Kini, dengan AI, pemilik bisnes, pekerja dan team kecil juga boleh mula membina tool sendiri.
Cara baru
Tak perlu fikir tentang aplikasi besar. Pilih satu kerja yang berulang, terangkan kepada AI, kemudian bina versi pertama yang anda sendiri boleh cuba.
Contohnya mengira harga, membuat quotation atau menyusun maklumat pelanggan.
Beritahu AI apa yang anda masukkan, apa yang perlu berlaku dan hasil yang anda mahu.
Tekan butang, masukkan data dan lihat sama ada tool itu benar-benar membantu.
Kalau ada yang salah atau susah digunakan, minta AI ubah dan cuba lagi.
Build Personal Pages
Belajar bina page yang boleh dibuka melalui link. Ia boleh menunjukkan maklumat, menerima apa yang orang taip, membuat kiraan dan memberi jawapan terus.
Anda boleh bina
Apa yang belum ada
Build Personal Software
Belajar bina software yang boleh mengingati maklumat. User boleh login, data boleh disimpan dan beberapa orang boleh menggunakan sistem yang sama.
Anda boleh bina
Kenapa ia lebih mencabar
Review peserta
“PandaiTech tak lokek nak share ilmu dan support pengguna PandaiTech Plus. Setiap topik yang dibawa sangat jelas.”
“Sangat baik. Sangat berfaedah dan mudah difahami.”
“Pada saya, setakat ini, pengisian Pakej Basic sangat berbaloi. Saya dah register Pakej Basic sebelum ni. Mcm mana saya nak upgrade ke Pakej Pro?”
“Sy dapati kursus tuan sangat bagus. Sy nak beli utk staf sy belajar.”
“Untuk saya sebagai usahawan saya rasa memang worth it join pandaitech ni sbb banyak juga kerja2 saya yg saya dah gunakan Chatgpt sekarang ni. Idea content marketing, lead magnet semua sekarang saya dah guna chatgpt jek sekarang. Memang jimat masa banyak.”
Tarikh & harga
Semua sesi kelas berkumpulan berlangsung dari 9.00 malam hingga 11.00 malam.
RM160
Beli Level 2Pembayaran kelas berkumpulan dibuat melalui ToyyibPay. Selepas berjaya, pengesahan dan maklumat kelas akan dihantar melalui WhatsApp dan e-mel.
Apa yang boleh anda bina?
Lihat bagaimana satu masalah kerja boleh dimulakan sebagai Personal Page di Level 1, kemudian dibesarkan menjadi Personal Software di Level 2.
Setiap kali pelanggan bertanya harga, anda buka Excel, buat kiraan, salin ke dokumen dan hantar. Bila harga berubah, anda takut tersalah guna harga lama.
Masukkan nama pelanggan dan barang. Halaman itu terus mengira harga dan menyediakan quotation untuk dihantar.
Semua orang dalam sales team login, simpan pelanggan, guna harga yang sama dan lihat quotation lama di satu tempat.
Tempahan datang melalui WhatsApp. Stok disimpan dalam Excel. Anda perlu semak beberapa tempat sebelum boleh beritahu pelanggan sama ada barang masih ada.
Masukkan kos, harga jual dan jumlah barang untuk melihat untung serta baki stok dengan cepat.
Team merekod tempahan di satu tempat. Jumlah stok berubah sendiri dan pemilik boleh melihat apa yang hampir habis.
Idea content ada dalam chat, jadual ada dalam spreadsheet dan design pula di tempat lain. Susah hendak tahu apa yang sudah siap dan apa yang masih menunggu.
Pilih produk dan jenis pelanggan. Halaman membantu menyusun idea content, tajuk dan jadual ringkas untuk anda.
Team simpan idea, tugaskan penulis, minta kelulusan dan lihat semua content mengikut status.
Cuti dan tuntutan dihantar melalui chat. Admin perlu mencari mesej lama, mengira baki dan bertanya kepada pengurus sama ada permohonan sudah diluluskan.
Pekerja memasukkan tarikh atau jumlah. Halaman mengira bilangan hari dan menyediakan ringkasan untuk dihantar.
Pekerja log masuk dan memohon. Pengurus meluluskan dalam sistem. Baki cuti dan rekod lama disimpan sendiri.
Maklumat pelanggan ada dalam WhatsApp, tarikh projek dalam calendar dan bayaran dalam spreadsheet. Bila projek bertambah, mudah terlupa perkara penting.
Tunjukkan hasil kerja anda dan bantu pelanggan memilih servis serta melihat anggaran harga.
Simpan pelanggan, tarikh akhir, tugasan, invoice dan status bayaran dalam satu tempat.
Cikgu perlu menyediakan rancangan kelas, menyemak markah dan membuat kerja pentadbiran. Maklumat murid pula mungkin berada dalam beberapa file yang berbeza.
Masukkan markah untuk mengira gred, atau pilih topik dan tahap untuk menyusun worksheet yang boleh dicetak.
Simpan kehadiran, tugasan, markah dan perkembangan murid di satu tempat dengan akaun yang dilindungi.
Bil, belanja dapur, jadual sekolah dan barang yang perlu dibeli datang pada masa yang berbeza. Sukar melihat jumlah belanja dan apa yang masih belum dibuat.
Masukkan pendapatan, bil dan belanja harian untuk melihat baki bulan ini serta menyediakan senarai belian.
Ahli keluarga berkongsi calendar, senarai barang, rekod bil dan tugasan rumah melalui satu sistem.
Rekod beli dan jual ada dalam broker, tetapi sebab masuk, risk plan dan pelajaran daripada setiap trade mungkin tidak dicatat dengan teratur.
Masukkan modal, harga masuk dan stop loss untuk mengira position size. Semak risk plan sendiri sebelum membuat keputusan.
Simpan rekod transaksi, nota, gambar carta dan keputusan supaya anda boleh mengkaji cara anda sendiri. Ia tidak memberi signal beli atau jual.
Setiap kambing mempunyai nombor, umur, berat, rekod kelahiran dan rekod kesihatan sendiri. Bila semuanya ditulis dalam buku, rekod lama susah dicari.
Masukkan berat lama, berat baru dan kos makanan untuk melihat perubahan berat serta anggaran kos dengan cepat.
Simpan ID, kelahiran, berat, pembiakan dan rekod rawatan setiap kambing. Reminder kesihatan mengikut jadual yang telah ditetapkan bersama doktor veterinar.
Artikel, nota bacaan, soalan kajian dan tarikh penting berada dalam banyak folder. Selepas membaca berpuluh paper, susah mengingati hubungan antara semuanya.
Masukkan tajuk, research question, method dan findings sebuah paper. Page menyusunnya menjadi ringkasan yang sama format setiap kali.
Simpan senarai paper, nota, tema, tarikh penting, mesyuarat penyelia dan tugasan kajian dalam satu tempat yang boleh dicari.
Maklumat rumah, keperluan pembeli, jadual viewing dan follow-up berada dalam chat yang berbeza. Mudah terlupa pelanggan mana yang sedang menunggu jawapan.
Masukkan beberapa rumah untuk membandingkan harga, saiz, lokasi, kemudahan dan nota viewing dalam satu paparan.
Simpan listing, keperluan pembeli, jadual viewing dan tindakan seterusnya untuk setiap pelanggan.
Kiraan bahan, quotation, gambar tapak dan perubahan kerja berada dalam buku, chat dan spreadsheet. Sukar melihat kos sebenar dan kemajuan setiap projek.
Masukkan ukuran, harga bahan dan upah untuk menyediakan anggaran kuantiti serta kos kerja.
Simpan rekod harian tapak, pekerja, bahan diterima, belanja, gambar dan perubahan untuk setiap projek.
Matlamat pelanggan, sesi, kehadiran dan perubahan mereka dicatat di tempat berbeza. Bila pelanggan bertambah, susah hendak melihat perkembangan dari hari pertama.
Susun pelan sesi, rekod ukuran pilihan dan bandingkan perubahan dengan rekod sebelumnya.
Simpan profil, matlamat, tempahan sesi, kehadiran, nota, kemajuan dan status bayaran setiap pelanggan.
Harga bahan selalu berubah. Tempahan datang melalui chat dan jumlah bahan dikira dengan tangan. Salah kira sedikit boleh mengurangkan untung atau menyebabkan bahan tak cukup.
Masukkan harga dan jumlah bahan untuk mengira kos satu hidangan, harga jual dan bahan yang diperlukan untuk satu tempahan.
Simpan tempahan, resipi, stok bahan, jadual penyediaan dan status bayaran dalam satu tempat.
Siapa yang patut belajar
Kelas ini mungkin sesuai jika
Perkara yang perlu anda tahu
FAQ
Boleh. Tak perlu tahu coding langsung. Zaman sekarang, programmer pun dah tak tulis code, AI yang tulis. Apa yang anda perlukan ialah memahami logik—apa yang patut berlaku dahulu, selepas itu dan apabila sesuatu berubah—serta struktur, iaitu cara bahagian-bahagian projek disusun. Semua ini kami ajar dari asas dalam kelas.
Ya. Software tidak perlu mempunyai ribuan pengguna. Kalau satu tool menjimatkan masa anda setiap minggu atau mengurangkan kesilapan, ia sudah berguna.
Level 1 ialah page atau tool ringkas tanpa login dan database untuk satu team. Level 2 ialah sistem yang boleh mempunyai login, menyimpan rekod dan digunakan oleh ramai orang. Sebab itu Level 2 lebih susah dan mengambil masa lebih lama.
Level 1 boleh diikuti menggunakan telefon, tablet, laptop atau komputer. Untuk Level 2, anda perlukan laptop atau komputer Windows/Mac.
Ya. Rakaman kelas akan diberikan kepada peserta selepas sesi.
Untuk kelas ini, ya. Level 1 menggunakan Decker.my yang disertakan apabila anda membeli kelas Level 1. Level 2 menggunakan Vercel Hobby tier yang percuma.
Itulah tujuan kelas. Anda bukan hanya menonton. Anda akan membina, mencuba dan publish sekurang-kurangnya satu projek yang boleh digunakan atau dikongsi.