Chatbot bukanlah satu benda baru. Saya masih ingat lagi, beberapa tahun lepas, ada macam-macam jenis chatbot yang dijual. Chatbot ini dikatakan sesuai digunakan untuk close sales, follow up customer dan macam-macam lagi. Sifu chatbot pun ramai masa tu.
Masalah biasa dengan chatbot
Walau bagaimanapun, saya percaya kebanyakan orang ada pengalaman yang tak berapa best bila berdepan dengan chatbot ni.
Lagi-lagi bila kita ada masalah dengan satu produk tu, dan bila kita hubungi customer service mereka, chatbot yang jawab.
Tapi itu semua dulu…
Sejak kemunculan large language model (LLM) seperti ChatGPT, Bing, LLaMA dan Bard yang dilatih menggunakan dataset yang sangat besar, harapan untuk kita menggunakan chatbot AI yang boleh menggantikan manusia kembali menyinar.
ChatGPT mampu bagi jawapan yang kadang-kadang kita pun tak boleh nak bezakan sama ada ianya ditulis oleh manusia atau AI.
Kebanyakan bisnes juga sedang berebut-rebut untuk meng-AI-kan bisnes mereka, maka, penggunaan chatbot AI nampak macam satu idea yang sangat menarik dan ideal.
Tapi, adakah chatbot AI memang boleh menggantikan manusia?
Jawapannya, buat masa ini, TIDAK.
Isu hallucination pada large language model (LLM)
Chatbot AI yang wujud di pasaran sekarang kebanyakannya menggunakan API ChatGPT. Walaupun dah jauh lebih baik dari apa yang ada beberapa tahun yang lepas, chatbot AI ini masih ada banyak kelemahan.
Kalau anda adalah pengguna tegar ChatGPT, mesti anda akan sedar yang walaupun ChatGPT ni bagus, ada masa dia akan bagi jawapan yang mengarut juga.
Salah satu sebab masalah ini berlaku adalah kerana isu hallucination yang membelenggu LLM yang ada sekarang.
Ada banyak teori yang menjelaskan punca hallucination. Bila ada banyak teori, maksudnya, buat masa ini, tiada lagi pengetahuan yang konkrit yang menjelaskan kenapa hallucination berlaku. OpenAI kata mereka boleh selesaikan masalah ini, tapi tak tahulah bila.
Isunya, kita sendiri tak boleh kawal bila hallucination ini akan berlaku.
AI untuk tolong, bukan untuk ganti pekerja
Buat masa ini, AI belum 100% sempurna untuk berhubung secara terus dengan pelanggan anda.
Dan kita kena ingat, dalam zaman viral ni, sekali tersalah jawab je dah boleh hancurkan reputasi bisnes kita.
Sebaliknya, anda boleh masukkan AI untuk memudahkan dan mempercepatkan pelbagai proses yang ada dalam bisnes anda.
Contohnya, jika anda ingin gunakan AI untuk jawab mesej dari pelanggan, anda boleh gunakan AI untuk memberi cadangan jawapan yang sesuai, tetapi anda perlu pastikan ada manusia yang menyemak dan mengesahkan jawapan tersebut sebelum dihantar.
Cara ini lebih selamat dan efektif, kerana anda boleh elakkan kesilapan yang mungkin dibuat oleh AI tapi dalam masa yang sama anda masih dapat memanfaatkan kelebihan AI.
Kalau sebelum ini seorang pekerja ambil masa 5 minit untuk balas satu mesej, dengan bantuan AI masa tersebut boleh dikurangkan ke 2 minit. Tinggal edit sikit-sikit je (jika perlu), lepastu dah boleh terus hantar.
Selain bos, pekerja juga akan dapat manfaat sebab workload semakin berkurang dan tak perlu pecah kepala untuk mengarang ayat dari kosong.
Ini adalah antara tool AI yang kami di PandaiTech sedang cuba bangunkan, sekiranya anda berminat untuk cuba nanti, boleh masukkan dulu email anda di penghujung artikel ini.
Tool AI lain
Selain chatbot, banyak lagi perkara lain yang tool AI seperti ChatGPT boleh bantu anda selesaikan dengan lagi cepat dan mudah.
Kalau nak belajar dengan lebih mendalam, boleh join dulu ChatGPT Promptcrafter Course dan PandaiTech Club di sini.
Antara sesi live di PandaiTech Club yang kami telah dan akan jalankan ialah: Buat Website Guna ChatGPT (Jun 2023), Tulis Resume Guna ChatGPT (Julai 2023) dan banyak lagi yang akan datang.