PandaiTech Labs Community
1 posts 1 series

Labs Feed

1 published post.

Login

Login to post to Labs feed.

Login
Faiq Radzali

Faiq Radzali

Feb 13, 2026 · Bina & Jual Micro SaaS

series update

Eksperimen pertama PandaiTech Labs

Ramadhan tahun lepas, kami lancarkan LimauLabs. Alhamdulillah terjual lebih 1000+ copy di Malaysia dan Indonesia. Masa tu, kami cuma fokus build dan jual secara senyap.

Tahun ni, kami nak ubah cara. Kami wujudkan PandaiTech Labs sebab nak kongsi proses behind-the-scenes—bukan sekadar tunjuk hasil akhir.

Eksperimen pertama: Bina & Promote Micro SaaS guna AI sepenuhnya.

Apa itu Micro SaaS?
Ia software simple yang selesaikan satu masalah spesifik. Kali ni, niche pilihan kita: Sales Advisor Kereta.

Ideanya simple: Platform untuk Sales Advisor Kereta
Masalah sekarang, ramai ejen tak ada website sendiri. Jadi kita nak buat platform di mana mereka boleh ada website lengkap (catalog, spec, loan calculator dan pelbagai feature lain) semudah isi nama, nombor phone dan pilih template.

Ini bukan kelas 'vibe coding' semata-mata. Ini adalah eksperimen untuk kita find out: Boleh ke idea simple + AI + execution pantas ni buat duit bulan puasa nanti?

Saya akan update progress eksperimen ni kat sini secara berkala. Kita tengok jadi ke tak.

Tapi kalau anda berminat nak tengok strategy, coding workflow, dan numbers secara detail, pendaftaran keahlian PandaiTech Labs (RM50/bulan) akan dibuka Isnin ni.

Stay tuned.

0 likes 0 comments