Macam mana TikTok gunakan AI untuk tingkatkan kepuasan pengguna? | PandaiTech Blog

Macam mana TikTok gunakan AI untuk tingkatkan kepuasan pengguna?

Dan macam mana kita yang jalankan bisnes kecil-kecilan boleh buat benda yang sama?

Korang sedar tak benda ni?

Kalau korang buka YouTube, tengok 1 video, dekat tepi tu dia recommend 10 video lain, mungkin ada la 1-2 video yang menarik.

Tapi dekat TikTok, kalau dia bagi 10 video, cuma 1-2 video je yang tak menarik.

Dekat sini la yang orang jadi ketagih tu, dah nak close app dah,

Korang cakap dalam hati... “Ok.. ni video last.”

Tapi bila korang scroll ke bawah, best pula video tu, korang pun sambung lagi tengok...


Apa strategi TikTok sebenarnya?

Teknologi yang TikTok gunakan untuk recommend video kepada penggunanya terbahagi kepada 2 bahagian:

  1. Machine learning atau AI
  2. Recommendation algorithm

AI yang TikTok gunakan pula terbahagi kepada 2 bahagian:

  1. AI untuk kategorikan video
  2. AI untuk kategorikan penonton

Sumber info saya adalah daripada video ini, TED interview bersama CEO TikTok, Shou Chew, orang Singapore.



AI untuk kategorikan video

Bila ada orang upload 1 video dekat TikTok, AI akan cuba kenal pasti isi kandungan video tersebut. 

Contohnya dalam video tu ada gambar ayam, caption pula emoji , dan ada tulisan ‘haha’ dalam video tu.

AI akan kenal pasti video tu dan kategorikan video ni sebagai video pasal binatang terkejut, dan mungkin juga video lawak.


AI untuk kategorikan penonton

Berdasarkan apa yang kita buat, video apa yang kita tengok, kita like, kita follow, dia boleh buat kategori macam ni, contohnya:

Kategori-kategori ni, dia start dari kategori yg sangat2 spesifik, ke kategori yang lebih umum.

Ini adalah contoh sahaja, boleh jadi, ada beribu-ribu atau berjuta-juta kategori yang AI ni hasilkan.


Recommendation algorithm

Lepas dah ada 2 AI ni, barulah algorithm buat kerja:

Algorithm ini sebenarnya adalah satu formula ataupun rule yang digunakan oleh TikTok untuk menentukan sama ada dia patut tunjukkan satu-satu video tu kepada siapa, dan sama ada video tu layak mendapat view yang banyak.


Macam mana algorithm TikTok berfungsi?

Mula-mula, dia akan tunjukkan video ayam terkejut tadi dekat Kategori 1, iaitu orang-orang yang mempunyai potensi paling tinggi untuk minat video tersebut.

Video ayam terkejut tadi, dekat kategori 1, 60% orang suka (sama ada orang tonton sampai habis, like, komen, share dan sebagainya). 

Maksudnya, video tersebut agak menarik juga. Maka, algorithm tadi akan tunjukkan pula dekat orang-orang dalam Kategori 2, kalau masih tinggi, dia pergi pula dekat Kategori 3.


Macam mana kalau video tu tak menarik?

Dekat kategori 1, ada 2% je orang yang tengok video tu sampai habis. Maksudnya, video tu tak menarik. Dia akan stop dekat situ je lah, sebab itu lah view tak banyak.


Macam mana pula kalau video tu terlampau menarik?

Dekat Kategori 1, 99% orang suka video tu, dia takkan tunggu dah, dia terus bagi video tu dekat Kategori 2, 3, 4, 5. Kalau masih lagi 80% orang suka, dia terus bagi lagi sampai lah ke Kategori 10 atau mungkin Kategori 100.

Inilah situasi yang biasa orang panggil sebagai FYP, walaupun istilah tu tak tepat sangat, tapi kita follow je lah.

Nota: Percentage dan kategori yang ditunjukkan adalah contoh. TikTok tidak mendedahkan formula sebenar yang digunakan pada algorithm mereka.


Kelebihan bila gunakan AI dalam bisnes

Itulah dia cara macam mana TikTok decide video mana nak tunjuk dekat siapa, video mana yang patut FYP, dan sebagainya.

Disebabkan TikTok mampu customize video yang mereka paparkan kepada setiap pengguna mereka, walaupun pengguna-pengguna TikTok ada minat yang berbeza-beza, tapi hampir semuanya ketagih dekat TikTok.

Dekat sini lah, kita boleh nampak kelebihan-kelebihan apabila bisnes tu gunakan AI, antaranya: 

AI ni, kalau dulu, cuma company yang mempunyai modal berbilion-bilion macam TikTok dan Facebook je boleh buat.

Tapi sekarang ni, dengan kemunculan tool-tool AI macam ChatGPT, Midjourney dan lain-lain ni, semua jenis bisnes sama ada SME, agen, dropship dan lain-lain pun boleh gunakan AI untuk improve bisnes masing-masing.


Macam mana anda boleh gunakan ChatGPT dalam bisnes/hidup anda?

Boleh cuba dengan task-task yang simple dahulu, bila anda dah pakar, anda akan boleh bayangkan sendiri apa yang boleh dilakukan dengan AI tool ini, antaranya:


Tulis 5 artikel tentang produk anda

Mula-mula, bagi dulu semua info tentang produk anda pada ChatGPT, selepas itu, boleh gunakan prompt ini:

“Act as a writer. Write 5 articles about my product. All 5 articles will focus on different aspects of the product. Each article needs to be around 200 words."


Buat content simple menggunakan ChatGPT, Midjourney & Canva

Gunakan ChatGPT untuk generate quote dan prompt Midjourney, hasilkan gambar menggunakan prompt yang diberikan oleh ChatGPT dan gabungkan kesemuanya dengan mudah menggunakan Canva.

Anda boleh gunakan teknik ni untuk generate sampai 100 content terus, boleh tonton video ini, saya ajar secara detail macam mana nak buat.



Tulis prompt yang lengkap untuk dapatkan hasil yang luar biasa

Teknik prompt padat ini sesuai untuk anda buat apa sahaja sebenarnya. Jangan percaya 100% dengan apa yang saya cakap, cuba dulu sendiri dan tengok macam mana hasilnya.



Ada banyak lagi benda lain yang anda boleh buat sebenarnya. Saya akan share banyak lagi info-info macam ini secara free sama ada dekat TikTok, Telegram dan juga dekat blog ni. Anda juga boleh cuba explore sendiri.

Kalau anda nak belajar dengan cepat dan berstruktur, boleh juga join course saya ni: