ChatGPT Promptcrafter Course | PandaiTech

Course

ChatGPT Promptcrafter Course

Jadi pro dalam ChatGPT prompting dan improve hasil kerja anda sebanyak 10x ganda. Dapatkan kualiti jawapan yang lebih baik dengan ayat yang nampak lebih 'manusia'.

02:20:28

Course Details

Kerja apa yang ChatGPT boleh bantu?

Brainstorming

Brainstorming

Nak dapatkan nama produk?

Atau bincang sama ada strategi marketing anda profitable atau tak?

Dengan dataset sebesar 300 billion perkataan, ChatGPT boleh bagi idea yang biasanya kita pun tak terfikir.


Writing

Ini ialah antara skill terbaik ChatGPT, lagi-lagi bila anda tengah mengalami writer’s block.

ChatGPT boleh tolong sambung, tolong tulis, tolong komen dan lain-lain.

Dengan prompt yang betul, ChatGPT akan faham style penulisan yang anda inginkan dengan sangat tepat.


Marketing

Marketing

Nak tulis 10 copywriting?

1 jam boleh siap (bukan 10 saat, tu tak logik).

Nak buat simple design untuk post setiap hari?

Boleh guna ChatGPT dan Canva, boleh siapkan content sebulan dalam masa setengah hari.


PR/Social Media Management

PR/Social Media Management

Tulis surat, reply email, jawab complaint customer, reply review, semua boleh.

Kita akan tengok cara macam mana kita nak ajar dulu ChatGPT untuk faham cara penulisan kita, lepastu baru minta dia buatkan semua.


Content Creation

Content Creation

Daripada tulis skrip, ke tajuk, ke scene, ke hook, semua ChatGPT boleh tolong.


Belajar benda baru

Belajar benda baru

Soalan-soalan yang anda perlukan jawapan dengan cepat, boleh tanya je dekat ChatGPT, tak perlu lagi nak tunggu jawapan dari Group FB dan forum.

ChatGPT juga sangat penyabar, anda minta dia explain sampai 100 kali pun boleh.


Saje suka-suka

Saje suka-suka

Anda dah cuba guna ChatGPT?

Tak kisah sama ada anda dah try ChatGPT atau belum.

Tapi ada satu fakta yang semua orang tau, iaitu ChatGPT boleh cepatkan kerja semua orang.

Kalau anda belum explore lagi, inilah masa yang sesuai untuk anda belajar.

Course ini sesuai untuk semua sebab kita mula dengan topik asas.

Anda boleh try je guna ChatGPT sendiri, tapi kalau nak lagi power, dekat course ni saya kongsikan macam-macam formula advanced.

Dan juga macam-macam teknik penggunaan ChatGPT yang selama ni anda mungkin tak terfikir.

Apa yang anda akan dapat?

🔥 3 struktur advanced prompting

Apa itu prompt padat, prompt progresif dan metaprompt?
Bila masa yang sesuai untuk menggunakan ketiga-tiganya?
Kenapa prompt yang panjang tak semestinya bagus?

🔥 5 teknik pakar promptcrafting

Teknik-teknik yang boleh digunakan bergantung kepada situasi seperti teknik 0 to 1 dan 1 to 100.
Dengan memahami teknik-teknik ini, anda akan dapat unlock lebih banyak potensi ChatGPT.

🔥 MalaysiaGPT

Prompt untuk buat ChatGPT berbahasa Malaysia yang betul, sama ada formal ataupun tidak.
Dan teknik untuk elakkan ChatGPT keliru Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.

🔥 Prompt experiment sharing

Sharing teknik-teknik prompting yang saya discover sendiri semasa menggunakan ChatGPT.

🔥 Research & data proven

Kebanyakan ilmu dalam course ini diambil dari research paper dan documentation rasmi yang diterbitkan oleh Google dan OpenAI. Bukan ilmu goreng.

Tool bonus yang disertakan sekali

AI Prompt Builder

Prompt builder pertama di dunia yang menyokong Bahasa Melayu, percuma & unlimited untuk semua ahli PandaiTech+.

ChatGPT Workflows

Setelah melakukan pelbagai eksperimen dan survey, kami dapati, mengetahui workflow yang sesuai untuk menggabungkan kerja anda sekarang dengan ChatGPT ialah salah satu komponen terpenting untuk memahami ChatGPT. Dengan ChatGPT Workflows, anda boleh explore lebih banyak kegunaan ChatGPT.


Course Contents

1. Pengenalan

Pengenalan

02:29

Selamat Datang ke ChatGPT Promptcrafter Course (CPC).

Isi Kandungan

01:03

Apa yang kita akan belajar?

2. Asas ChatGPT

Pengenalan ChatGPT

01:26

Apa itu ChatGPT & macam mana nak guna ChatGPT?

Kegunaan ChatGPT

03:23

Kerja apa yang ChatGPT boleh buat?

Cara Sign Up ChatGPT

03:32

Cara mula gunakan ChatGPT & feature asas ChatGPT.

ChatGPT Plus

05:26

Feature extra yang ada pada ChatGPT Plus setakat Oktober 2023.

3. Asas Prompting

Asas Prompting

12:21

Prinsip asas prompting & contoh prompt mudah.

4. Konsep Advanced Prompting

Prompt Padat

15:37

Formula prompting yang paling mudah digunakan.

Prompt Progresif

09:15

Salah satu formula prompting yang diiktiraf oleh OpenAI untuk digunakan oleh prompt engineer.

Metaprompt Type-1

08:33

Cara guna ChatGPT untuk tulis prompt padat.

Metaprompt Type-2

04:23

Cara guna ChatGPT untuk tulis prompt progresif.

Nak guna yang mana?

03:09

Bila nak guna prompt yang panjang dan bila nak guna prompt yang pendek.

5. Teknik Pakar Promptcrafting

Pengenalan Promptcrafting

00:41

Apa itu teknik promptcrafting.

Tukar Karakter ChatGPT

08:49

4 teknik asas & advanced untuk tukar cara penulisan yang digunakan ChatGPT mengikut keperluan kita.

Ajar ChatGPT

04:30

Teknik chain-of-thought dicadangkan oleh Google Research Team, untuk menjadikan jawapan ChatGPT lebih tepat.

MelayuGPT

11:20

Beberapa teknik untuk gunakan ChatGPT dalam Bahasa Melayu.

Deep Dive: Formaliti dan nada

Saya bereksperimen dengan istilah berbeza untuk formaliti dan nada ChatGPT dalam Bahasa Melayu.

0-1, 1-100

18:16

Macam mana nak gunakan ChatGPT untuk buat kerja yang kita tak reti langsung.

Unik & Perspektif

12:10

Prompt yang boleh digunakan jika kita rasa jawapan ChatGPT kurang menarik.

6. Asas AI

Asas AI

06:54

Topik tambahan yang menerangkan secara ringkas tentang apa itu AI dan bagaimana AI berfungsi.

7. Penutup

Penutup

07:11

Tahniah!

Files

GPT Cheat Sheet - Dark Mode

GPT Cheat Sheet - Light Mode

eBook 100 Formula Prompting - PDF

eBook 100 Formula Prompting - Notion