Forge ialah resource library untuk membina produk digital.
Semua tool, lesson dan rujukan disusun mengikut satu aliran: pilih produk, package offer, bina page, terima payment, hantar produk dan dapatkan attention.
Ini bukan project tracker dan anda tidak perlu bermula daripada kosong. Gunakan sidebar sebagai isi kandungan: buka peringkat yang anda perlukan, kemudian pilih resource secara terus.
Peta 6P Produk Digital
Kenali enam bahagian yang membawa produk daripada idea kepada pelancaran.
Cara guna Forge
Anda tidak perlu menghabiskan semua lesson sebelum membina. Cari peringkat yang sedang menghalang anda, buka satu resource daripada sidebar, buat kerja tersebut, kemudian kembali apabila anda perlukan bantuan seterusnya.
Rule paling mudah: belajar secukupnya untuk mengambil tindakan seterusnya. Jangan jadikan course sebagai satu lagi bentuk procrastination.
Kalau ini kali pertama anda di sini, mulakan dengan video Peta 6P di atas untuk memahami keseluruhan aliran sebelum membuka Product.
Kalau anda belum mempunyai idea, mulakan dengan Product Radar. Kalau idea sudah jelas, terus ke GPT/Gems Builder.
Aliran 6P
Setiap peringkat menjawab satu soalan. Gunakan sidebar untuk membuka resource sebenar yang tersedia untuk akaun anda secara terus.
-
01
Product
Idea, validation, build & testPilih satu masalah yang jelas, bina produk AI dan uji pengalaman pelanggan sebelum memikirkan jualan.
Hasil: Produk AI yang berfungsi dan menyelesaikan satu masalah yang jelas.
-
02
Package
Offer, bonus, boundaries & priceGabungkan produk utama dengan bantuan yang membuang halangan pembeli tanpa membuat janji yang membebankan.
Hasil: Offer yang menerangkan apa pembeli dapat, apa yang tidak termasuk dan berapa harganya.
-
03
Page
Message, design & publishTerangkan masalah, penyelesaian dan offer dalam halaman yang mudah difahami oleh bakal pembeli.
Hasil: Landing page yang menerangkan offer dan boleh dikongsi kepada pelanggan.
-
04
Payment
Choose a checkout methodPilih cara pembayaran yang cukup mudah untuk pelanggan dan sesuai dengan tahap produk anda sekarang.
Hasil: Satu kaedah pembayaran yang sudah diuji daripada perspektif pembeli.
-
05
Delivery
Give customers accessPastikan pelanggan menerima produk yang dijanjikan dengan cara yang mudah dan boleh dipercayai.
Hasil: Aliran penghantaran yang berjaya diuji selepas pembelian.
-
06
Attention
Organic, ads & launchBawa offer kepada pelanggan melalui content organik atau iklan dan gunakan respon sebenar untuk belajar.
Hasil: Satu cara yang jelas untuk membawa pelanggan pertama ke landing page.
-
Improve
Customer feedback flywheelKumpul feedback ketika pelanggan masih engaged dan gunakannya untuk memperbaiki produk, offer dan versi seterusnya.
Hasil: Feedback sebenar yang boleh digunakan untuk keputusan seterusnya.
Mula sekarang
- Pilih peringkat. Jangan pilih berdasarkan apa yang paling menarik; pilih bottleneck anda sekarang.
- Buka satu resource. Tool untuk membuat kerja, lesson untuk memahami keputusan, playbook untuk rujukan.
- Ambil tindakan. Keluar daripada Forge apabila anda sudah tahu apa yang perlu dibuat.
Belum pasti di mana hendak bermula? Gunakan Product Radar untuk mencari demand atau buka Build with AI Course untuk melihat keseluruhan proses.