Belajar kaedah "Guided Vibe Coding" di mana AI tulis kod untuk anda, anda cuma kena pandai bagi arahan yang betul.
Kursus live hands-on untuk non-technical founders, team leaders, dan sesiapa yang nak bina aplikasi sendiri. Tiada pengalaman coding diperlukan.
Anda ada idea untuk aplikasi atau tool, tapi tiada pengalaman coding langsung dan tak tahu di mana nak mula.
Anda seorang founder bukan teknikal yang bergantung pada developer dan freelancer, dan nak kurangkan dependency tu.
Anda dah cuba vibe coding, tapi lepas try sikit nampak macam AI tak mampu pun nak buat apa yang anda nak.
Anda rasa programming guna AI adalah masa depan, tapi takut untuk try sebab nampak terlalu teknikal untuk non-programmer.
Kebanyakan kursus programming tradisional ajar anda untuk menulis code dari kosong. Kursus vibe coding pula lebih fokus pada tools AI itu sendiri.
Fokus kami lain, kami tunjuk sendiri step by step cara technical founder berfikir dan macam mana nak terjemahkan benda tu biar AI boleh faham apa yang kita nak.
Anda tak perlu tulis code langsung. Anda perlu jadi pemberi arahan yang baik—tahu apa yang anda nak, faham flow aplikasi, dan boleh bagi arahan yang jelas kepada AI.
Inilah asas kepada 'Guided Vibe Coding'. Tugas anda adalah untuk berfikir, membuat keputusan strategik, dan memberi arahan yang jelas. Tugas AI adalah untuk menterjemahkan visi anda kepada kod yang berfungsi.
Yang nak bina MVP atau prototype sendiri tanpa perlu hire developer dulu.
Yang nak bina sistem internal untuk jadikan pasukan anda lebih efisien.
Yang nak belajar AI & automation untuk kerja atau projek sampingan.
Kursus ini hands-on dan project-based. Target kami: bila habis kursus, anda dapat bina sekurang-kurangnya sebahagian daripada idea yang anda nak.
1. Ada PC/Laptop
Windows, Mac, atau Linux.
2. Skill komputer intermediate
Reti buat task macam install software, buka folder dan file, biasa guna komputer untuk kerja harian. Tidak perlu jadi programmer, tapi perlu selesa dengan komputer.
3. Ada idea atau masalah nak diselesaikan
Anda perlu tahu apa yang anda nak bina atau masalah apa yang anda nak selesaikan. Idea simple sahaja. Kita juga akan ada sesi brainstorm idea.
4. Langganan ChatGPT Plus atau Claude Pro
Anda perlukan langganan ChatGPT Plus ($20) untuk ChatGPT Codex, atau Claude Pro ($20) untuk Claude Code. Salah satu sudah cukup untuk ikuti kursus ini secara hands on. Kalau belum nak langgan, anda boleh tonton dulu.
Dengan penerangan konsep yang jelas dan mudah difahami. Setiap sesi direka untuk memberi nilai maksimum dalam masa yang singkat.
Untuk membantu anda jika tersekat. Tiada siapa akan ketinggalan. Kami ada 2 sesi bugfix, dan akan ditambah sekiranya ramai 'stuck'.
Komuniti Telegram untuk kolaborasi dan sokongan sepanjang kursus.
Kursus ini berlangsung selama 2 minggu dengan 4 sesi pengajaran utama dan 2 sesi bugfix. Setiap sesi direka untuk memberi impak maksimum.
Coming Soon
Sesi pengenalan kepada Guided Vibe Coding & step-by-step cara sediakan komputer anda untuk bina projek.
Coming Soon
Dalam sesi ini, kita akan bina satu projek mudah dengan 1 feature sahaja.
Coming Soon
Sesi khas untuk troubleshooting dan Q&A. Kami akan pastikan aplikasi anda berfungsi dengan sempurna sebelum move forward. Tiada siapa akan ketinggalan.
*Sesi bugfix akan ditambah sekiranya ramai 'stuck'
Coming Soon
Kita akan masukkan feature-feature yang diperlukan untuk memastikan aplikasi anda boleh berfungsi dengan baik, seperti database dan authentication. Kita juga akan letakkan aplikasi anda di internet supaya boleh diakses oleh pengguna.
Coming Soon
Kita akan bina dashboard dan masukkan feature AI untuk jadikan aplikasi anda lebih menarik.
Coming Soon
Sesi khas untuk troubleshooting dan Q&A. Anda juga boleh demo aplikasi yang anda telah bina.
*Sesi bugfix akan ditambah sekiranya ramai 'stuck'
Anda akan mampu membina sendiri satu aplikasi AI yang berfungsi sepenuhnya.
Untuk memberi arahan, menyemak, dan menilai hasil kerja AI.
Yang boleh anda kongsi dan tambah baik untuk kegunaan sebenar.
Selepas ini, jika anda mahu bina aplikasi lain pula, anda boleh ikut step yang sama.
Boleh! Itu sebab utama kursus ini wujud. Selagi anda reti guna komputer dengan baik (browse internet, install software, manage files), anda qualify. Kursus ini dicipta khusus untuk orang yang takde coding background langsung. Kami akan start dari mula—setup environment, install software yang perlu, sampai launch aplikasi yang berfungsi. Satu-satunya requirement adalah kesungguhan untuk belajar.
Tidak. Falsafah kursus ini adalah anda tidak perlu menjadi seorang programmer yang hafal syntax dan algorithm. Tugas anda adalah untuk jadi Director yang baik—faham apa yang anda nak bina, dan bagi arahan yang jelas kepada AI. AI yang akan tulis kod untuk anda. Anda fokus pada vision, logic, dan decision-making.
Laptop dengan Windows atau Mac (Linux pun okay). Pastikan ada internet connection yang stabil untuk Zoom dan download tools. That's it. Semua software yang perlu (free & paid), kami akan guide step-by-step time kursus. Anda tak perlu install apa-apa dulu. Kami akan buat sama-sama dalam sesi pertama.
Tidak mengapa. Semua sesi akan dirakam sepenuhnya dan anda akan mendapat akses seumur hidup kepada rakaman tersebut untuk ditonton pada bila-bila masa.
Kami mengambil berat tentang pengalaman anda. Jika atas apa-apa sebab anda tidak berpuas hati selepas sesi pertama kursus, maklumkan kepada kami dan kami akan memulangkan wang anda sepenuhnya—tanpa banyak soal. Refund mesti dituntut sebelum sesi kedua bermula.
Pelancaran 1 Mac 2026. Preorder sekarang RM50 untuk tempat & bonus modul.
Tarikh: 1 Mac 2026
Platform: Live di Zoom
Founder PandaiTech
Bachelor of Computer Science, MMU Cyberjaya. Programmer sejak 2016, full-time business sejak 2023.
Faham keperluan dari dua sisi—teknikal dan business. Kursus ini dicipta untuk mereka yang mahu belajar membina aplikasi tanpa perlu jadi expert programmer.
Sertai kami dan belajar membina aplikasi AI dengan cara yang betul. Preorder sekarang RM50 untuk akses bonus modul dan tempat anda.