Tulis formula Excel - Panduan ChatGPT Step-by-Step | PandaiTech
Tulis formula Excel
Korporat

Tulis formula Excel

Jimatkan masa anda dan kurangkan pening kepala untuk menulis formula di Excel/Sheets dengan cara ini.

Langkah 1

Jika anda mempunyai akses ke ChatGPT Plus, aktifkan mode 'Advanced Data Analysis'. Mode ini akan membolehkan ChatGPT menghasilkan analisis dan jawapan yang lebih kompleks dan tepat. Tetapi kalau tiada, boleh sahaja gunakan mode Standard.

Langkah 2

Dalam Excel atau Google Sheets, buat contoh input dan output yang anda mahukan. Contohnya, jika anda ingin mengira jumlah, sediakan beberapa nombor dalam Excel sebagai input dan hasil jumlah yang dijangkakan sebagai output. Tetapi sebenarnya, ChatGPT sangat berguna apabila anda ingin menulis formula yang jauh lebih kompleks. Contohnya, untuk asingkan first name dan last name mengikut keyword seperti 'bin', 'binti' dan sebagainya.

Langkah 3

Copy & paste contoh yang anda telah hasilkan pada ChatGPT. Anda mungkin akan nampak formatting yang berterabur tetapi jangan risau kerana ChatGPT masih boleh faham dan kenalpasti format asal contoh yang anda copy. Jika anda menggunakan mode Advanced Data Analysis, anda juga boleh terus upload file Excel tersebut.

Langkah 4

Beritahu dengan jelas kepada ChatGPT tiga perkara berikut: 1) Yang mana satu ialah input. 2) Yang mana satu ialah output. 3) Anda perlukan formula untuk menghasilkan output berdasarkan input yang diberi. Kebiasaannya, anda tidak perlu terangkan pun apakah isi kandungan input dan output tersebut.

PROMPT
[Task]

Here is a sample of my Excel content [copy & paste contoh anda di sini]. The inputs are [column/row mana satu dari contoh tersebut adalah input]. The outputs are [column/row mana satu dari contoh tersebut adalah output]. Give me the formula for this.

Langkah 5

Sekiranya formula yang diberikan ChatGPT tidak betul, biasanya, puncanya ialah anda tidak berikan contoh yang cukup banyak kepada ChatGPT, jadi ada situasi yang ChatGPT tidak jangka akan berlaku. Boleh tambah contoh dan ulang lagi sekali proses ini.

Lihat Juga (Related Workflows)