Fahami konsep asas 'prompting' dalam AI, jenis-jenis prompt (teks, imej, suara) dan cara terbaik untuk mula berinteraksi dengan model AI seperti ChatGPT.
Nak suruh AI buat kerja untuk anda? Kena faham 'prompting' dulu! Ini adalah input atau arahan yang kita berikan kepada model AI.
Kebanyakan model AI moden (ChatGPT, Gemini, dll.) adalah Chat Model. Ini bermakna cara terbaik untuk berinteraksi dengannya adalah seperti berbual dengan manusia:
1. Tanya soalan.
2. Beri maklumat terperinci.
3. Betulkan jika jawapannya salah.
4. Tanya soalan susulan.
Video ini adalah pengenalan asas. Teknik yang lebih 'advance' akan dikongsikan dalam video akan datang untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.