Nak guna ChatGPT versi berbayar tapi tak mahu bayar harga penuh? Video ini menunjukkan satu trik mudah untuk anda melanggan pelan ChatGPT Go dengan penjimatan lebih 50%!
Perbandingan Harga:
- Harga Rasmi Malaysia: ~RM38.99
- Harga Selepas Trik: Sekitar RM18.18 (USD $4)
Cara-caranya:
- Login ke akaun ChatGPT anda.
- Klik butang 'Upgrade' yang terletak di bahagian bawah (kiri atau kanan).
- Sebelum membuat pembayaran, cari pilihan untuk menukar negara.
- Pilih negara yang menawarkan harga lebih murah seperti United States ($4) atau India (₹399).
- Teruskan pembayaran dan anda akan dicaj mengikut harga negara yang dipilih.
Menurut perkongsian, pelan ChatGPT Go ini sudah cukup berkuasa untuk kegunaan harian dan jarang sekali mencecah had penggunaan. Namun, ia mungkin tidak mempunyai ciri spesifik untuk programming seperti Codex agent.