Nak AI tulis macam anda? Video ini tunjukkan cara 'ajar' AI untuk tiru gaya penulisan unik anda, sebiji-sebiji. Proses ini dipecahkan kepada 5 langkah utama:
- 🤖 AI Model: Pilih platform AI yang sesuai. Tutorial ini menggunakan Gemini 1.5 Pro melalui Google AI Studio kerana fungsi System Instruction.
- 📚 Rujukan (Reference): Kumpul 5-10 contoh penulisan anda yang sedia ada sebagai bahan rujukan untuk AI belajar.
- ✍️ WritePrint: Guna kaedah yang diinspirasikan dari forensik untuk AI menganalisa dan memahami corak penulisan anda secara mendalam.
- 🚦 Penapis (Filter): Tetapkan syarat dan had seperti sasaran audiens, panjang artikel, dan struktur yang dikehendaki.
- 💡 Konteks (Context): Sediakan bahan mentah untuk AI menulis, sama ada dari hasil kajian, pengalaman peribadi, atau pandangan anda.
Klik disini untuk dapatkan prompt-prompt yang digunakan Prompt - AI yang Menulis Sebijik Seperti Anda