Kerja Apa Yang AI Boleh Buat Untuk Saya? | PandaiTech Blog

Kerja Apa Yang AI Boleh Buat Untuk Saya?

Proses-proses yang anda boleh guna untuk kenalpasti kerja apa yang AI boleh tolong anda lakukan.

Selepas pelancaran webapp ChatGPT pada orang ramai sekitar November 2022, hangat diperkatakan tentang AI yang akan menggantikan kerja manusia.

Tak lama lepastu, muncul istilah baru pula, iaitu manusia yang menggunakan AI akan menggantikan manusia yang tidak.

Jadi, AI ni boleh buat kerja ke tak sebenarnya?

Jawapannya boleh, tapi bukanlah semua kerja.

Anda kena faham jenis-jenis kerja yang AI boleh buat dan yang tak boleh.

Apa yang AI boleh buat?

Tiada jawapan mudah untuk soalan ini, sebab situasi ini berbeza untuk setiap orang, bergantung kepada kepentingan dan kepakaran masing-masing.

Pertama sekali, cuba kenal pasti, ada tak kerja-kerja yang anda perlu buat setiap hari tapi anda tak suka.

Dah lama anda harap yang anda boleh bagi kerja ni dekat orang lain.

Cuba gunakan ChatGPT untuk buat kerja ni.

Kalau berjaya, bersyukurlah! Kalau tak berjaya, mungkin anda boleh cuba perbaiki prompt yang anda gunakan.

Atau boleh jadi juga ChatGPT memang masih belum boleh buat kerja tersebut. Yang ni anda memang tak boleh nak buat apa, tunggu je update kepada model GPT dan cuba lagi nanti.

Selain itu, anda juga boleh kenalpasti dan kategorikan kerja-kerja yang anda buat selama ni kepada 4 kategori.

4 kategori kerja

1) Kerja saya

Ini ialah kerja yang anda akan tetap buat sendiri tanpa bantuan AI. Sama ada AI memang tak boleh buat kerja tersebut atau anda dah cuba macam-macam prompt tapi tiada yang menjadi. Atau boleh jadi juga ini memang kepakaran anda dan anda memang suka buat kerja ini.

2) Kerja partner

Untuk menggunakan AI sebagai partner, anda boleh berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan AI sehingga anda mendapat hasil yang memuaskan.

3) Kerja junior

Anggap AI sebagai intern yang memang baru belajar. Kerja apa yang anda boleh minta dia tolong? Pada masa yang sama, anda perlu semak hasil kerja dia, pilih mana yang boleh guna dan betulkan mana yang tak boleh.

4) Kerja senior

Kerja yang anda boleh bagi AI buat dan boleh terus guna hasilnya. Buat masa ini, tak banyak benda yang AI boleh buat sampai ke tahap ini. Tapi benda ni mungkin akan berubah pada masa depan.

 

Saya bagi contoh diri saya sendiri, sebagai seorang solo content creator.

Tak semestinya anda perlu jadi boss/business owner untuk kenalpasti semua ini. Sebagai pekerja juga, anda boleh cuba bayangkan sekiranya anda ada pembantu atau team, kerja apa yang anda boleh minta orang lain bantu.

Selepas anda buat senarai ni, anda boleh teruskan dengan kenalpasti macam mana anda boleh masukkan AI ke dalam workflow anda.

Mungkin anda hanya perlukan ChatGPT. Jadi, anda cuma perlu belajar, cuba sendiri dan kumpulkan prompt-prompt yang anda boleh gunakan.

Mungkin juga anda lebih suka tool-tool AI yang lain.

Kebanyakan tool-tool AI lain, seperti AI untuk tulis copywriting, untuk programming dan sebagainya guna API ChatGPT juga sebenarnya.

Cuma mereka dah aturkan dalam cara yang lebih mesra pengguna. Kalau tool-tool ini memudahkan anda buat kerja, tak salah untuk anda guna.

Macam mana nak kenalpasti semua benda ni?

Caranya adalah dengan menggunakan AI itu sendiri.

Tiada shortcut.

Anda boleh belajar strategi dan teknik, tapi dalam masa yang sama, anda perlu selalu gunakan ChatGPT sebelum anda dapat kenalpasti apa yang dia boleh buat dan apa yang tak boleh.


Kalau anda berminat untuk belajar teknik prompting ChatGPT yang berkesan, boleh checkout: