Stop bagi AI data anda - Part 1 | PandaiTech Blog

Stop bagi AI data anda - Part 1

Ini 2 Cara Halang ChatGPT Intip Rahsia Anda (Part 1). Anda pernah terfikir tak...

 

Ini 2 Cara Halang ChatGPT "Intip" Rahsia Anda (Part 1)


Anda pernah terfikir tak... ke mana pergi semua data sulit yang anda suap dekat ChatGPT?

Laporan kewangan syarikat. Idea bisnes "juta-juta". Kod rahsia sistem anda.

Realitinya: Secara default, OpenAI gunakan data anda untuk melatih model mereka.

Maksudnya, apa yang anda taip hari ini, mungkin akan jadi sebahagian daripada "otak" ChatGPT pada masa depan.

Dan secara teorinya, ia boleh muncul dalam jawapan kepada pengguna lain.

Nampak risiko dia?

Jangan panik. Kami akan tunjukkan cara untuk matikan fungsi "pengintip" ini.

Ada dua cara. Satu cara pantas, satu lagi cara untuk pastikan betul-betul bersih.

Cara 1: The "Switch-Off" (Paling Mudah)

Ini langkah wajib untuk semua pengguna ChatGPT, tak kira versi percuma atau berbayar.

  1. Buka Settings dalam ChatGPT anda.
  2. Cari menu Data Control.
  3. Cari butang "Improve the model for everyone".
  4. Matikan (OFF) butang tersebut.

Buat langkah ini pun sebenarnya dah cukup untuk pengguna biasa. Ia memberitahu OpenAI: "Jangan guna chat aku untuk belajar."

Cara 2: The "Official Request" (Untuk Power User)

Tapi, kalau anda gunakan produk OpenAI yang lain seperti API atau Sora, setting di atas mungkin tak cover semua.

Anda perlu buat permohonan rasmi melalui portal privasi mereka. Ini langkahnya:

  1. Pergi ke laman web OpenAI Privacy Portal.
  2. Klik pada "Make a privacy request".
  3. Pilih pilihan "Do not train on my content".
  4. Login akaun anda.
  5. Isi butiran ringkas (Negara dan Negeri) dan hantar.

Selepas anda submit, anda akan dapat emel pengesahan. Ini adalah langkah paling selamat kalau anda sangat mementingkan IP (Intellectual Property) anda.

Data Anda, Hak Anda

OpenAI mungkin akan cakap kononnya perkongsian data ini adalah "amalan mulia" untuk menjadikan AI lebih bijak.

Tapi bagi kami di PandaiTech, keselamatan data anda jauh lebih penting.

Anda tak berhutang data kepada sesiapa.

Ini baru Part 1 khusus untuk pengguna ChatGPT. Macam mana pula dengan pengguna Gemini atau Claude? Adakah data anda selamat di sana?

 

Artikel Berkaitan

Jangan Tertipu Dengan AI "Benchmaxxing"

Jangan Tertipu Dengan AI "Benchmaxxing"

Setiap kali keluar model AI baru, dia claim paling power.

Setup Local AI Dalam Phone Anda

Setup Local AI Dalam Phone Anda

Anda rasa selamat guna ChatGPT atau Gemini untuk semua kerja?

'Ban' 2 Red Flag ni Elak Kantoi Guna AI

'Ban' 2 Red Flag ni Elak Kantoi Guna AI

Korang punya tulisan AI nampak fake?

Lihat Semua Artikel