Berbaloi ke automate guna AI?
Bandingkan dulu masa nak bina dan jaga workflow sebelum automate kerja berulang.
Bila kita kerap minta AI buat benda yang sama, memang kita mula rasa nak automate kerja tu.
Tapi sebelum tukar jadi workflow, kita kena ingat yang proses setup tu sendiri makan masa.
Masa kelas hari tu, saya tunjuk satu eksperimen Meta Ads yang disetup untuk semak iklan setiap hari.
Masa demo, sistem tu paparkan yang satu iklan saya tengah di-pause.
Kita memang tak perlu lagi buka chat dan taip arahan berulang kali setiap hari.
Tapi kita tetap kena:
- susun flow
- tetapkan apa yang AI patut buat
- semak sama ada output tu betul dan berguna.
Untuk platform yang saya tunjuk tu, seingat saya dalam 10 ke 20 jam juga saya spend nak siapkan.
Bukan semua workflow perlukan masa macam tu.
Sebelum decide nak tukar satu-satu kerja jadi workflow automatik, cuba tanya tiga soalan ni dulu:
- Berapa kerap kerja ni berulang dalam rutin biasa kita?
- Berapa banyak masa kita spend untuk taip prompt dan semak jawapan kat chat sekarang?
- Berbaloi ke masa untuk urus flow tadi dan baiki bila sangkut, berbanding buat sendiri secara manual?
Kalau proses kerja masih kerap berubah, atau usaha nak bina dan jaga workflow rasa lagi leceh daripada buat sendiri, teruskan saja guna chat macam biasa.
Kerja berulang memang sebab yang bagus untuk explore automation, tapi bukan bukti yang bina workflow automatik akan jimatkan masa.