Nak bagi orang cuba app kita? | PandaiTech Blog

29 September 2026 · 2 minit membaca

Nak bagi orang cuba app kita?

Ada satu checkpoint lagi sebelum orang lain boleh buka projek kita dekat internet.

Kunci kertas keemasan bercahaya terapung di tengah semburan radial, sementara helaian kecil melayang dalam cahaya amber dan bayang-bayang gelap.

Bila bina app guna AI, kita senang rasa kerja dah siap bila app tu dah jalan kat laptop sendiri.

Tapi kalau tool tu dibuat untuk orang lain guna sama, tu baru separuh jalan.

Masa kelas baru-baru ni, saya tunjuk satu demo sistem catering.

Kat laptop saya, skrin order jalan dan skrin dapur elok terima order.

Cuma selagi app tu masih duduk kat komputer sendiri, orang lain belum boleh buka.

Jadi kita kena bawa app tu keluar ke web.

Laluan yang saya guna masa demo tu ialah simpan code kat GitHub, lepas tu deploy ke Cloudflare.

Sekarang kita boleh minta AI coding agent tolong uruskan arahan teknikal.

Tapi tetap ada langkah yang perlukan kita:

  • Kita tetap kena ada akaun sendiri.
  • Kita kena tekan authorize bila browser minta izin sambung akaun.
  • Kalau belum setup sebelum ni, kita kena ikut step yang agent pandu.

Masa sesi tu demo nampak sekejap sebab akaun saya memang dah sedia bersambung.

Lepas authorize, barulah keluar satu link live demo dengan login untuk dicuba.

Tangkap layar antara muka memaparkan kejayaan pelancaran aplikasi katering bersama pautan demo dan status semakan.
Imej ini dipertingkat dengan AI daripada rakaman kelas sebenar; teks dan pautan dijana semula, bukan tangkap layar tepat.

Jadi kalau anda bina tool yang nak dikongsi dengan orang lain, jangan berhenti setakat test kat laptop sendiri.

Minta agent bawa sampai dapat satu live link demo, lepas tu semak sama ada akses tu boleh dibuka.

Link tu bukan bukti sistem dah sedia untuk production.

Tapi itulah checkpoint akses yang membezakan projek kat komputer sendiri dengan app yang orang luar boleh jenguk.