Nak bina software, kena mula dari kosong? | PandaiTech Blog

29 September 2026 · 2 minit membaca

Nak bina software, kena mula dari kosong?

Cari projek open-source yang dekat dengan workflow kita, kemudian guna AI untuk sesuaikan.

An illuminated, partly assembled book-blueprint spins through a dark teal space as fragments and warm amber light streak outward.

Bila nak bina internal software guna AI, kita selalu ingat kena mula dari projek kosong.

Buka editor, lepas tu prompt satu demi satu dari zero.

Sebenarnya ada satu lagi jalan: cari software open-source yang dah ada.

Open-source ni senang cerita, orang dah buat software tu dan share code dia secara terbuka. Kita boleh ambil dan adjust.

Contoh projek HR open-source di GitHub: Frappe HR. Gambar rujukan, bukan screenshot demo kelas.

Masa kelas Build Internal Software, saya tunjuk contoh ni secara live.

Saya minta ChatGPT carikan sistem open-source untuk HR kat GitHub.

Dapat je link projek tu, saya buka dalam Codex dan minta AI guna code tadi untuk kita customize.

Dengan cara ni, AI dah ada code projek untuk dijadikan titik mula.

Coding agent pulak boleh baca terus code projek tu.

Sebelum pilih projek tu, cuba buat perbandingan dengan AI:

  • terangkan workflow sebenar kita kat AI;
  • semak bahagian mana yang projek tu dah cover;
  • kenal pasti bahagian yang perlu diubah ikut operasi kita.

Contohnya, kalau sistem HR tu dibuat untuk pasaran luar, kita boleh minta AI sesuaikan dengan cara kita kat Malaysia.

Jumlah star kat GitHub atau tarikh update terakhir boleh jadi filter awal masa mencari.

Tapi star yang tinggi belum tentu bermakna projek tu terus sesuai atau selamat untuk bisnes kita.

Kalau software tu dah dekat dengan workflow kita, kita boleh explore untuk ubah bahagian yang perlu.

Kalau cara kerja kita terlalu spesifik, bina dari awal pun boleh dipertimbangkan.