AI untuk Rakyat, kursus asas AI untuk semua rakyat Malaysia | PandaiTech Blog

AI untuk Rakyat, kursus asas AI untuk semua rakyat Malaysia

AI untuk Rakyat ialah satu inisiatif dari kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan rakyat Malaysia dengan teknologi AI.

AI untuk Rakyat ialah satu inisiatif dari kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan rakyat Malaysia dengan teknologi AI. Berbeza dengan PandaiTech yang memfokuskan pada penggunaan (use case) AI untuk peniaga dan golongan profesional, AI untuk Rakyat bertujuan untuk mendidik rakyat tentang asas AI seperti apa itu AI, contoh teknologi AI dan sebagainya. Menariknya, kursus AI untuk Rakyat disediakan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Inisiatif ini dibahagikan kepada dua bahagian utama - 'AI Aware' dan 'AI Appreciate'. Bahagian 'AI Aware' memberi pendedahan asas tentang AI seperti mentakrifkan maksud sebenar AI, membezakan antara sistem AI dengan bukan AI, serta membetulkan tanggapan salah umum tentang AI. Manakala bahagian 'AI Appreciate' pula menghuraikan domain AI yang berbeza, impaknya kepada pelbagai industri, serta prinsip etika dan tanggungjawab dalam penggunaan AI.

AI untuk Rakyat

Setelah menamatkan kedua-dua bahagian ini yang mengambil masa kira-kira 4 jam, peserta akan menerima lencana digital sebagai pengiktirafan. Mereka kemudiannya digalakkan untuk meneruskan pembelajaran kendiri dalam domain AI yang diminati. Usaha ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjadikan pendedahan AI lebih inklusif dan menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia.

Klik di sini untuk Akses ke kursus AI untuk Rakyat.