Dari 5 soalan kepada iklan siap (poster + copy + 10 hook) | PandaiTech Blog

Dari 5 soalan kepada iklan siap (poster + copy + 10 hook)

 

Saya nak kongsi cara automate kerja paling leceh dalam marketing: Buat iklan.


Hai,


Saya nak mengaku satu perkara. Dulu, saya obses nak hasilkan satu iklan yang ‘perfect’.

Berjam jam dihabiskan untuk fikir idea, tulis copywriting, dan kemudian buntu berjam jam lagi bila sampai bab design visual.

Prosesnya sangat terpisah. Satu demi satu. Sangat lambat.

Kesilapan terbesar saya? Saya ingat kerja saya adalah untuk hasilkan SATU iklan terbaik.

Padahal, kerja sebenar adalah untuk hasilkan BANYAK variasi iklan berkualiti dengan pantas untuk diuji. Tapi mana nak datang masa dan tenaga, kan?

Inilah masalah yang kami cuba selesaikan.

Dalam sesi live yang lepas, kami tunjukkan satu aliran kerja yang berbeza sepenuhnya menggunakan W Ad Creative Agent.

Fokusnya bukan pada ‘buat iklan’, tapi pada ‘bina satu sistem automasi iklan’.

'Hidden gem' dekat sini adalah konsep ‘Memory’.

Daripada suruh AI buat kerja dari kosong setiap kali, kita ajar AI tu untuk jadi pakar dalam bisnes kita. Sekali sahaja.

Caranya mudah.

Kami ambil contoh bisnes sebenar dari salah seorang komuniti Limaulabs, di Ipoh, Cipta Karya, yang menawarkan aktiviti kreatif seperti mencanting batik dan membuat lilin wangi.

Aliran kerjanya begini:

  1. Jawab 5 soalan asas. Siapa anda, apa produk anda, siapa pelanggan anda, apa kelebihan unik (USP) anda, dan apa gaya jenama anda. Itu sahaja. AI akan simpan semua ini dalam ‘Memory’.
  2. Satu klik ‘Auto Generate’. Tak perlu prompt panjang berjela. AI dah ‘faham’ bisnes anda.
  3. Hasilnya: Poster + Copywriting + 10 Headlines. Dalam beberapa minit, anda dapat satu set bahan iklan yang lengkap. Poster dengan visual yang relevan, copywriting yang menjual, dan 10 pilihan hook untuk anda pilih.

Ini flow yang anda boleh rujuk. Kami tunjukkan juga langkah tambahan. ​
[Klik sini untuk cuba W.​]


Bukan lagi proses satu demi satu. Tapi satu proses bersepadu.

Bila anda perlukan iklan baru, cuma tekan butang yang sama. AI akan hasilkan variasi baru, tapi masih berpandukan ‘Memory’ bisnes anda.

Ini bukan lagi tentang bekerja keras untuk buat iklan. Ini tentang membina enjin yang buat iklan untuk anda.

Anda boleh cuba sendiri aliran kerja ini secara percuma. Rasai sendiri pengalaman dari menjawab beberapa soalan kepada mendapat set iklan yang siap sepenuhnya.


Cuba sendiri Limaulabs W [di sini]

Ia mungkin akan mengubah cara anda lihat proses pemasaran selama lamanya.

Ya, memang berbayar.

Tapi, anda boleh gunakan FREE TRIAL disediakan dengan kualiti sebenar.

Anda gunakan je, mana tahu boleh terus jadikan iklan bisnes anda?

Tak puas hati? Beritahu kami.
Puas hati? Beritahu kawan.
Geli hati? Beritahu doktor.

Ikhlas dari,

Ilham Adli
Marketing & Customer Success @ Limaulabs


P/S: Nak tengok video penuh bagaimana kami gunakan W Agent untuk siapkan bahan iklan yang complete dengan 1 klik?

Anda boleh tonton rakaman penuh sesi live minggu lepas di
YouTube kami. Banyak lagi 'hidden gems' yang kami kongsikan di sana.

Jemput hadir sesi kami yang seterusnya. Boleh tengok updates di
Telegram atau laman rasmi Limaulabs.