Cebisan berharga Limaulabs Growth Series yang anda perlu tahu
Kisah saya jual biskut dan satu 'pencerahan' penting yang anda boleh guna hari ini.
Hai,
Saya nak mengaku satu kesilapan besar yang saya buat masa mula mula nak berniaga dulu.
Masa zaman belajar, saya cuba jual biskut dan kacang secara dropship. Semangat berkobar kobar nak cari duit lebih.
Jadi, saya pun blast dekat semua orang. Instagram story, WhatsApp status, kawan kawan, keluarga. Saya tak tapis langsung.
Hasilnya?
Mak cik saya beli satu. Kawan beli atas dasar support (kasihan). Tweet yang viral pun cuma dapat seorang dua pembeli.
Lepas beberapa minggu, saya dah 'exhausted'. Saya fikir, "Adakah produk ni salah?"
Rupa rupanya, produk tak salah.
Method saya yang salah. Saya cuba bercakap dengan semua orang, yang akhirnya membuatkan mesej saya tak sampai kepada sesiapa pun.
Inilah pencerahan yang saya kongsikan dalam sesi live kami minggu lepas, yang mungkin anda terlepas.
Kesilapan utama kita bukan pada produk, tapi pada siapa kita bercakap.
Daripada menjerit di tengah pasar yang sesak, kita sebenarnya perlu berbisik kepada orang yang betul.
Dalam sesi live tersebut, kami pecahkan audiens kepada tiga lapisan utama:
- Aisyah (The Bullseye): Inilah target market ideal anda. Dia seorang saja. Semua mesej marketing, content, dan iklan anda sepatutnya ditujukan terus kepadanya. Setiap perkataan yang anda tulis, seolah olah anda sedang bercakap dengan Aisyah.
- Razak (The Adjacent): Dia adalah orang kedua terpenting. Mungkin suami Aisyah, atau adiknya. Dia ada masalah yang hampir sama dan terpengaruh dengan Aisyah. Dia dengar perbualan anda dengan Aisyah, dan jadi tertarik.
- Edy (The Outsider): Dia mungkin terbeli produk anda secara tak sengaja. Dia bukan target sebenar. Jangan bazirkan masa, tenaga, dan wang untuk cuba bercakap dengannya.
Fokus kita sepatutnya 100% pada Aisyah. Bila kita jelas siapa Aisyah, Razak akan datang sendiri.
Dalam sesi tersebut, kami tunjukkan demonya secara live menggunakan platform AI kami, Limaulabs W.
Kami ambil satu contoh bisnes peserta (minyak terapi N Therapy Oil) dan masukkan semua maklumat produk ke dalam W.
AI tersebut bukan sekadar bagi demografik umum.
Ia hasilkan satu persona yang sangat spesifik, kami namakannya 'Aisyah'.
W menghuraikan siapa Aisyah, apa cabaran hariannya sebagai seorang penjaga kepada ibu bapa yang sakit sendi, apa kebimbangannya, dan bagaimana mesej produk perlu disampaikan untuk betul betul sampai kepadanya.
Bila anda tahu siapa 'Aisyah' anda, semua jadi mudah. Nak buat content, iklan, atau sales page, anda cuma perlu bercakap dengannya.
Tak perlu lagi teka teki. Tak perlu lagi rasa 'exhausted'.
Jika anda nak berhenti menjual kepada semua orang dan mula fokus pada pelanggan yang betul betul perlukan solusi anda, inilah masanya.
[Gunakan W Persona untuk kenal pasti 'Aisyah' anda secara percuma]
Ia percuma untuk digunakan. Anda hanya perlu masukkan maklumat bisnes anda, dan biarkan AI bantu anda mencari 'Aisyah' atau 'Razak' anda.
Jumpa lagi,
Ilham Adli
Marketing & Customer Success @ Limaulabs
P/S: Nak tengok video penuh bagaimana kami gunakan W untuk bina persona 'Aisyah' dari kosong?
Anda boleh tonton rakaman penuh sesi live minggu lepas di YouTube kami. Banyak lagi 'hidden gems' yang kami kongsikan di sana.
Jemput hadir sesi kami yang seterusnya. Boleh tengok updates di Telegram atau laman rasmi Limaulabs.