Tidak perlu guna Limaulabs lama-lama | PandaiTech Blog

Tidak perlu guna Limaulabs lama-lama

 

Ini falsafah songsang kami dalam dunia AI


Hai,

Terima kasih kepada semua yang menyertai sesi live kami minggu lepas. Jika anda terlepas, jangan risau. Saya ingin kongsikan satu pencerahan penting dari sesi tersebut.

Saya ingin mengakui satu perkara.

Dulu, bila kami mula bangunkan Limaulabs W, saya pun terikut dengan metrik biasa dalam dunia teknologi dan AI.

Kebanyakan syarikat software dan media sosial mengukur kejayaan mereka dengan satu perkara: masa sesi pengguna.

Lagi lama anda guna TikTok, lagi lama anda main Twitter, lagi lama anda berbual dengan ChatGPT, lagi berjayalah produk itu pada pandangan mereka.

Tapi kami sedar, falsafah ini kurang sesuai. Terutamanya untuk orang seperti kita.

Sebagai solopreneur atau pemilik bisnes kecil, masa anda adalah aset paling berharga.

Anda tidak dibayar untuk menjadi pakar dalam menggunakan software. Anda dibayar untuk mendapatkan hasil.

Janji manis kami (dipercayai) untuk pengguna Limaulabs.

Masalahnya, proses penyediaan iklan sekarang, walaupun dengan AI, masih memerlukan usaha.

Perlu fikir, perlu prompt, perlu design, perlu tulis, dan perlu gabungkan semuanya. Ini semua mengambil masa.

Sebab itulah kami mengubah falsafah kami 180 darjah.

Matlamat kami dengan Limaulabs W sangat ringkas: kami mahu anda menggunakan platform kami dalam tempoh yang paling singkat.

Masuk, dapatkan hasil, dan terus keluar.

Kami tidak mengukur kejayaan dengan berapa lama anda menggunakan platform kami.

Kami mengukur kejayaan apabila anda sudah menyiapkan iklan dan terus membuka Ads Manager untuk melancarkannya.

Poster mantap dihasilkan 100% oleh AI Limaulabs W.

Selain itu, iklan yang dihasilkan dalam W adalah jenis descriptive, bukan jenis ‘tersurat dan tersirat’ seperti iklan Apple dan brand-brand ternama lain.

Apple boleh membuat iklan misteri kerana mereka sudah ada legasi dan jenama yang kukuh. Kita sebagai SME, terutamanya yang baru bermula, kurang digalakkan mengambil risiko itu.

Iklan kita mesti jelas, terus kepada poin, dan menyelesaikan masalah audiens dengan pantas.

Proses dalam W direka khas untuk mencapai matlamat ini:

  1. Beri maklumat bisnes anda (sekali sahaja).
  2. Pilih idea atau sudut iklan yang anda suka.
  3. Generate dan terus copy iklan yang sudah siap sepenuhnya.

Itu sahaja.

Kerja yang dahulunya mengambil masa berhari-hari, kini boleh disiapkan dalam beberapa minit. Ini membolehkan anda menyiapkan puluhan bahan iklan berkualiti dalam masa kurang sejam.

Inilah pencerahan yang ingin kami kongsikan. Berhenti menjadi hamba kepada software.

Gunakan AI sebagai alat untuk mendapatkan hasil sepantas mungkin, supaya anda boleh fokus pada perkara yang benar-benar penting: mengembangkan bisnes anda.


Experience sendiri siapkan poster, copy dan hook kurang dari 5 minit dengan Limaulabs W (Ads)

Ia mungkin akan mengubah cara anda lihat proses siapkan iklan selamanya.

Ya, memang berbayar. Tapi, anda boleh cuba dahulu secara PERCUMA.

Saya kongsikan secara ekslusif kepada pembaca emel ini sahaja.

[Klik sini] dan login. Masukkan kod "WINADS4".

Tak puas hati? Beritahu kami.
Puas hati? Beritahu kawan.
Geli hati? Beritahu doktor.

Ikhlas dari,

Ilham Adli
Marketing & Customer Success @ Limaulabs


P/S: Nak tengok cara kami guna Limaulabs W untuk siapkan bahan iklan lengkap dengan 1 klik?

Tonton rakaman penuh sesi live minggu lepas di YouTube — banyak lagi tips berguna kami kongsi.

Jangan lupa join sesi seterusnya. Update ada di Telegram dan laman rasmi LimauLabs.