2 tahun tak mengajar, saya bina 7 software. | PandaiTech Blog

29 September 2026 · 2 minit membaca

2 tahun tak mengajar, saya bina 7 software.

Akhirnya saya nampak ke mana dunia software sedang bergerak.

A handmade workshop lamp assembled from blank software modules glows amid flying cards and tiny parts, with amber flares and radial motion blur against a dark cinematic background.

Dah hampir dua tahun saya tak mengajar kelas live.

Bukan sebab saya berhenti belajar atau dah tak berminat dengan AI.

Sebenarnya, sepanjang tempoh itu saya banyak menghabiskan masa dengan satu perkara:

Membina software menggunakan AI.

Saya bermula dengan Cursor pada 2024.

Kemudian cuba Windsurf, Claude Code (2025) dan sekarang Codex (2026).

Dalam tempoh itu, saya bina macam-macam:

  • tenderkit.my - akhirnya mati. Saya sedar saya tak cukup berminat untuk meneruskannya.
  • aurel.ai - juga tak diteruskan, dan domainnya kemudian dijual dengan harga $1k USD.
  • hundrads.com - ingat nak jadikan SaaS, tapi last sekali saya guna sendiri je.
  • tucar.my
  • desaverse.com
  • decker.my
  • limaulabs.com

Ada yang terus digunakan.

Ada yang dah pivot.

Ada juga yang langsung tak ke mana (ni biasa).

Tapi daripada semua projek itu, saya mula nampak satu perubahan yang lebih besar.

Kita tak semestinya perlu bermula dengan SaaS

Selama ni, bila nak bina software je, kita terus fikir nak buat SaaS.

Software untuk ramai pengguna. Ada subscription. Ada dashboard. Ada banyak feature. Kemudian cari user dan cuba scale.

Saya tak rasa semua software selepas ini kena jadi macam tu.

Dengan AI coding tools hari ini, kita boleh bina software yang sangat spesifik untuk cara kita sendiri bekerja.

Contohnya:

  • calculator khas ikut pricing syarikat kita;
  • text generator yang hasilkan dokumen ikut format sendiri;
  • tracker pelanggan yang hanya menyimpan maklumat yang kita perlukan;
  • dashboard untuk satu internal process;
  • simple automation

Kalau dah biasa nanti, kita boleh bina tool macam ni lagi cepat darip masa yang kita habiskan mencari, mendaftar dan mencuba software sedia ada di pasaran.

Software accounting, payment gateway atau sistem security masih complicated. Untuk perkara macam tu, lebih baik guna software yang dah proven.

Tetapi banyak kerja harian kita sebenarnya takdelah complicated sangat pun.

Masalah yang kita ada biasanya terlalu niche untuk dia jadi satu SaaS, tapi masalah tu memang real pun dan kita selalu hadap. Maka berbaloi untuk kita bina satu solution.

Inilah yang saya panggil Personal Software.

Software yang bermula dengan seorang pengguna, satu team atau satu workflow tertentu.

Bukan dibina kerana kita mahu menjadi startup.

Dibina sebab kita mahu kerja sendiri menjadi lebih mudah.