3 bulan bina software, Google bagi free je | PandaiTech Blog

29 September 2026 · 2 minit membaca

3 bulan bina software, Google bagi free je

Dulu, kami satu team pernah all-in 3 bulan untuk bina marketing software, Hundrads.

A dark metal software press glows with warm amber light as blank poster sheets and image tiles fly outward in a radial burst.

Dulu, kami satu team pernah all-in 3 bulan untuk bina marketing software, Hundrads.

​

Kami spend berpuluh ribu ringgit untuk development dan test macam-macam model AI image.

Masa tu, Hundrads memang solve 2 masalah yang tool AI lain selalu sangkut:

  • letak gambar produk sebenar dalam poster
  • hasilkan teks yang elok tanpa typo pelik

Tapi belum sempat kami betul-betul launch dan bawa ke market, tiba-tiba Google release Nano Banana.

​

Model tu boleh buat hampir semua benda yang kami bina, free je.

Bila dah macam tu, kami terus cancel niat nak jual Hundrads.

Habis tu, membazir ke projek tu?

Tak juga.

Kami terus simpan dan guna sendiri untuk internal workflow marketing kami sampai sekarang.

Hundrads sangat memudahkan operation kami, banyak juga yang kami dah improve dan tambah ikut keperluan kami.

​

Cuma kalau nak jual sekarang, mungkin kena strategise banyak benda lagi untuk stay relevant.

Pengalaman ni buat saya nampak satu benda:

Usaha keras macam mana pun, tak buat software kita kebal dari kena telan dengan company AI besar.

Daripada pening kepala fikir nak bina SaaS untuk jual kat orang luar, sebenarnya jauh lebih berbaloi kalau kita bina dulu software untuk selesaikan masalah operasi bisnes/kerja sendiri.

At least, dah ada satu target market yang real and based on real operation.