Agent skill AI tak jalan? Cuba ni dulu
Test dalam chat baru, baiki satu benda je, tak perlu code.
Anda dah siap buat skill dalam Claude, dan tulis arahan panjang lebar.
Bila guna, Claude buat macam tak kenal pun skill tu. Atau kadang-kadang jalan, kadang-kadang tak.
Saya baca panduan rasmi Anthropic, Google dan OpenAI, dan tengok beberapa video orang yang test skill.
Pandangan saya:
Skill yang "tak jalan" biasanya ada satu daripada 3 masalah. Baiki masalah tu, bukan seluruh skill.
Panduan ni untuk anda yang dah ada skill dalam Claude, atau baru nak buat. Tak perlu code.
1. Mula kat mana
Skill ialah folder arahan dan contoh yang Claude buka hanya bila permintaan anda sepadan dengan nama dan description skill tu.
Claude nampak nama dan description dulu. Arahan penuh dibuka bila permintaan sepadan. Rajah rasmi Anthropic. Sumber: anthropic.com.
Maksudnya, description tulah yang Claude guna untuk putuskan nak buka skill atau tak.
Sebelum test apa-apa, semak 2 benda ni:
- Settings > Capabilities, pastikan "Code execution and file creation" dihidupkan.
- Customize > Skills, pastikan skill anda dihidupkan (toggle on).
Langkah rasmi untuk hidupkan dan muat naik skill. Sumber: support.claude.com.
Akaun Team atau Enterprise: owner kena hidupkan dulu kat Organization settings > Plugins & skills, tab Policy. Kalau anda bukan owner, minta admin.
Menu mungkin nampak lain.
Panduan Anthropic ada yang tulis Customize > Skills, ada yang tulis Settings > Capabilities > Skills, dan Cowork sedang digabungkan dalam Claude.
Setakat Oktober 2026, Skills ada untuk Free, Pro, Max, Team dan Enterprise.
Kalau bahagian Skills tak muncul atau kelabu, semak code execution dan tetapan admin.
2. Kenapa skill tak jalan
- Claude tak pilih skill tu. Description kabur, macam "Bantu dengan dokumen", atau bertindih dengan skill lain.
- Hasil tak konsisten. Biasanya sebab tak ada contoh hasil yang bagus, jadi Claude agak-agak.
- Satu skill buat terlalu banyak kerja. Satu skill, satu kerja.
Ramai terus tulis semula seluruh skill. Padahal selalunya satu masalah je.
3. Sediakan 3 benda untuk test
- Satu kerja yang dah siap. Buat kerja tu dengan Claude sekali dalam chat biasa, dan betulkan sampai puas hati.
- 3 hingga 5 contoh hasil yang bagus. Ni yang Claude akan tiru.
- 7 permintaan untuk test. 5 yang patut guna skill, 2 yang tak patut. Tulis guna ayat yang team anda betul-betul taip.
Nombor 3 hingga 5 dan 5 + 2 ni peraturan saya sendiri, bukan angka rasmi dari Anthropic.
4. Test, kemudian baiki
- Test skill yang dah ada dalam chat baru, bukan chat tempat anda bina atau edit skill tu.
- Cuba 5 permintaan yang patut guna skill, dan 2 yang tak patut.
- Tengok bahagian thinking Claude. Tutorial rasmi sebut "Using [nama skill]", ada yang sebut "Reading".
- Banding hasil dengan contoh anda.
- Kalau skill tak muncul, sebut nama skill dalam prompt. Kalau jadi, masalahnya description.
Lepas tu baiki ikut masalah:
- Tak dipilih: tulis semula description supaya sebut bila nak guna, dengan perkataan yang team anda taip. Contoh: "Menulis update mingguan team dalam format kejayaan, halangan, keutamaan. Guna bila diminta update mingguan, weekly update atau status team."
- Hasil tak konsisten: tambah contoh, dan minta Claude semak hasil sendiri dengan contoh tu sebelum bagi jawapan.
- Terlalu banyak kerja: pecahkan jadi skill berasingan.
- Tip tambahan, ketat atau bebas: untuk kerja melibatkan duit atau padam data, bagi langkah yang tepat. Untuk kerja kreatif, bagi ruang.
Ujian Anthropic sendiri: description yang ditulis semula menaikkan kadar skill dipanggil dengan betul. Contoh docx, 3 daripada 7 jadi 5 daripada 7. Ujian kecil, tapi arahnya jelas. Sumber: claude.com.
5. Kalau perlu skill baru
Kalau perlu buat skill baru, cara paling senang ialah buat kerja tu dulu. Lepas tu taip:
Prompt untuk disalin:
- Jadikan ni satu skill. Skill ni untuk satu kerja je: [contoh: tulis update mingguan team].
- Dalam description, tulis bila nak guna, dengan perkataan yang team saya biasa taip: [contoh: update mingguan, weekly update, status team].
- Letak hasil yang saya suka tadi sebagai contoh.
- Sebelum siap, tanya saya apa lagi yang perlu jelas.
Claude akan sediakan fail skill. Simpan fail tu, kemudian hidupkan kat bahagian Skills.
6. Kalau upload gagal
Panduan bantuan Claude dan dokumentasi Anthropic tak sama pasal nama fail dan description. Kalau anda buat zip sendiri, ikut yang paling ketat:
- Fail utama bernama SKILL.md, ikut dokumentasi. Panduan bantuan tulis skill.md.
- Nama skill huruf kecil dan sengkang je, macam update-mingguan, dan sama dengan nama folder.
- Description pendek, bawah 200 aksara. Dokumentasi bagi sampai 1,024, panduan bantuan 200.
Satu folder, satu fail SKILL.md. Nama dan description kat atas, arahan biasa kat bawah. Sumber: Claude Academy, claude.com.
Ralat upload yang biasa:
- Nama folder tak sama dengan nama skill
- Fail SKILL.md tak ada
- Aksara pelik dalam nama atau description
- Fail zip terlalu besar, atau fail bersepah dalam zip tanpa folder
7. Had yang perlu tahu
- Skill orang lain. Install hanya dari sumber yang anda percaya, dan semak skill rakan sekerja sebelum guna.
- Perlukan internet? Skill boleh gagal kalau akses network akaun anda terhad.
- ChatGPT. Skills setakat Oktober 2026 untuk Business, Enterprise, Healthcare dan Edu je. Free, Plus dan Pro tak disenaraikan dalam halaman bantuan OpenAI, jadi semak kat akaun anda.
- Gemini. Settings > Skills. Perlu umur 18 tahun ke atas, akaun Google peribadi (bukan kerja atau sekolah), dan Keep Activity dihidupkan. Gems bertukar jadi skill mulai November 2026. Dilancarkan beransur-ansur, jadi akaun anda mungkin belum ada.
Gemini: syarat di atas, kemudian Settings > Skills dan Create with Gemini atau upload fail. Sumber: support.google.com.
Ketiga-tiganya guna format SKILL.md yang sama, jadi skill boleh dipindah antara app. Tapi cara dia berfungsi berbeza, jadi test semula kat app baru.
8. Projek pertama yang saya cadangkan
Pilih satu kerja yang anda ulang setiap minggu, macam update mingguan atau balas email pelanggan.
Kalau dah ada skill untuk kerja tu, mula dengan bahagian Test, kemudian baiki.
Lepas tu, semak skill lama yang buat banyak kerja dan pecahkan.
Kalau perlu buat skill baru, cuba langkah ni:
- Buat kerja tu dengan Claude sekali, dan betulkan.
- Taip prompt dalam bahagian Kalau perlu skill baru.
- Test dalam chat baru dengan 5 permintaan yang patut guna skill dan 2 yang tak patut.
- Baiki satu masalah je, kemudian test semula.
Test semula juga bila Claude tukar model, sebab hasilnya boleh berubah.
Skill yang baik bukan yang paling panjang.
Dia yang buat satu kerja dengan betul.