Agent skill supaya AI tulis ikut gaya brand
Bagi AI contoh tulisan dan panduan suara sebelum mula menulis.
Anda minta AI tulis caption untuk produk baru.
Hasilnya kemas, tapi boleh jadi caption syarikat mana-mana. Anda taip "humanise ni", dan hasilnya berubah sikit je.
Saya baca panduan rasmi Anthropic, OpenAI dan Google, dan tengok video orang bina skill suara.
Pandangan saya:
Jangan "humanise" selepas siap. Bagi AI rujukan brand anda dulu, dalam satu skill.
AI bunyi generik sebab dia tak pernah nampak brand anda, bukan sebab prompt anda lemah.
Rujukan tu ialah peraturan suara dengan sebab, senarai perkataan yang kami tak guna, 3 contoh sebelum dan selepas, dan templat setiap output.
Contoh mengalahkan adjektif.
1. Mula kat mana
Skill ialah folder arahan dan fail yang Claude buka bila permintaan anda sepadan dengan description skill tu.
Satu baris macam "tulis dengan nada mesra" letak kat Instructions for Claude. Suara penuh dengan contoh dan templat, letak dalam skill.
Panduan Claude: instructions untuk tetapan akaun, skill untuk cara Claude menulis dan menyampaikan. Sumber: support.claude.com.
Untuk buka:
- Kat Settings > Capabilities, hidupkan "Code execution and file creation".
- Buka Customize > Skills, dan hidupkan Skill Creator (ditanda dari Anthropic).
Setakat Oktober 2026, Skills ada untuk Free, Pro, Max, Team dan Enterprise. Menu anda mungkin nampak lain sikit.
Kalau akaun Enterprise, owner organisasi kena hidupkan skills dulu.
2. Skill brand ada 3 bahagian
Ikut contoh dokumentasi Anthropic:
gaya-brand-saya/
SKILL.md
references/
suara-dan-nada.md
assets/
templat-caption.md
templat-emel-pelanggan.md
- SKILL.md: bila nak guna dan langkahnya.
- references/: suara dan contoh. Claude baca bila perlu.
- assets/: templat setiap output.
Dalam SKILL.md, tulis jelas: baca fail suara dulu. Kalau tak, fail tu boleh terlepas.
Contoh rasmi: SKILL.md di atas, peraturan nada dalam references/, templat dalam assets/. Sumber: claude.com.
Skill brand-guidelines Anthropic sendiri cuma ada warna dan fon. Tak ada suara, jadi suara kena kita tambah.
Skill brand Anthropic: kod warna dan fon je, tiada nada bahasa. Sumber: github.com/anthropics/skills.
3. Kenapa hasil masih generik
Skill brand gagal 3 cara:
- Tak pernah dibuka. Description kabur.
- Dibuka terlalu kerap. Description terlalu luas. Tambah "jangan guna untuk..." lepas anda nampak masalah tu.
- Dibuka, tapi hasil tetap generik. Tiada contoh, dan peraturan kabur macam "mesra dan profesional".
Kat sini kita baiki yang ketiga.
Letak peraturan dulu, contoh kemudian. Peraturan yang tertimbus bawah contoh panjang senang terlepas.
4. Tulis fail suara dulu
Kalau belum ada panduan brand, isi templat ni, dan tampal dalam chat atau simpan sebagai fail .txt:
Prompt untuk disalin:
- Siapa kami: [kami jual apa, untuk siapa].
- Cara panggil pembaca: [anda atau awak]. Bahasa: [BM, English, atau campur, dan bila].
- Nada: [3 perkataan]. Setiap satu: bunyi macam "[contoh ayat]", tak pernah macam "[contoh ayat]". Sebab: [kenapa].
- Perkataan yang kami guna: [contoh: kat, je, jom].
- Perkataan yang kami tak guna: [perkataan], ganti dengan [pengganti].
- Contoh sebelum & selepas: Sebelum: [versi AI generik]. Selepas: [versi kami]. Ulang 3 kali.
- Format setiap jenis output: [jenis], [panjang], [emoji ke tak], [struktur, CTA].
- Kalau maklumat tak cukup: tanya, jangan reka.
Buang nama pelanggan dan harga rahsia dulu, sebab fail dalam skill ikut sama bila dikongsi.
5. Suruh Claude bina skill
Sediakan 3 benda:
- Fail suara dari bahagian 4.
- 5 hingga 10 tulisan terbaik anda sendiri (angka ni cadangan saya).
- Satu templat untuk output yang paling kerap, contohnya caption: hook, isi, ajakan.
Buka chat baru, attach fail-fail tu, kemudian tampal prompt ni:
Prompt untuk disalin:
- Guna Skill Creator, buat skill gaya brand dari fail yang saya lampirkan.
- Brand: [nama]. Output utama: [contoh: caption Instagram dan email pelanggan].
- Letak fail suara dalam references/ dan templat dalam assets/.
- Dalam SKILL.md, tulis: baca fail suara dulu sebelum menulis.
- Dalam description, letak perkataan yang saya biasa taip: [contoh: caption, post, email pelanggan].
- Hasilnya mesti fail ZIP skill yang boleh saya install, bukan dokumen prompt. Kalau maklumat tak cukup, tanya saya.
Lepas tu:
- Semak anda dapat fail ZIP. Dalam video The Nerdy Novelist, Claude mula-mula bagi dokumen prompt, dan dia kena minta semula guna Skill Creator.
- Kat Customize > Skills, klik +, pilih Create skill, pilih Upload a skill, dan upload ZIP tu. Hidupkan toggle. Nama butang mungkin lain.
6. Test, kemudian baiki
- Buka chat baru, sebut nama skill ("Guna skill gaya-brand-saya untuk tulis caption ni"), dan cuba 3 tugas sebenar.
- Buat satu tugas yang sama tanpa skill, dan banding.
Bila ada yang salah, jangan betulkan dalam chat je. Cakap:
Prompt untuk disalin:
- Kemas kini skill ni supaya [contoh: caption tak lebih 3 baris, dan tak guna perkataan "revolusi"].
Pembetulan dalam chat tinggal dalam chat. Kemas kini skill, baru kekal.
7. Kalau guna ChatGPT atau Gemini
- ChatGPT. Kat app desktop, buka Skills kat sidebar.
Skill dalam plugin pula boleh digunakan kat web, desktop dan mobile.
Kalau Skills belum ada kat akaun anda, tampal peraturan ringkas kat Custom Instructions dan letak fail suara dalam Project files.
- Gemini. Settings > Skills, dilancar beransur-ansur untuk akaun Google peribadi (bukan akaun kerja atau sekolah). Fail rujukan tak boleh .docx atau .xlsx, jadi guna .md atau .txt.
ChatGPT pun ada folder skill yang sama. Contohnya: tulis blog ikut panduan gaya. Sumber: academy.openai.com.
8. Had yang perlu tahu
- Templat visual keluar "hampir sama, bukan tepat". Dalam demo The GenAI Nerd Channel, slide gaya universiti nampak "close enough", tapi ada teks berganda, dan satu presentation ambil 72 langkah. Itu guna kuota.
- Senarai perkataan tak guna bukan suara. Suara datang dari contoh.
- BM belum diuji. Panduan rasmi tak sebut suara BM, jadi test sendiri.
9. Projek pertama yang saya cadangkan
Pilih satu output yang anda tulis paling kerap, contohnya caption Instagram atau email pelanggan, dan ikut bahagian 4 hingga 6.
Lepas tu, buat skill kedua untuk output lain.
AI tak tahu suara brand anda sampai anda tunjuk.
Tunjuk dengan contoh, bukan adjektif.
Sumber gambar dan demo:
- Claude Help Center: Understanding Claude's personalization features
- Claude: Skills how-to
- Anthropic: brand-guidelines SKILL.md
- Claude Help Center: Use skills in Claude
- OpenAI Academy: Skills
- OpenAI Learn: Build skills
- Gemini Help: Skills in Gemini
- The Nerdy Novelist: How to Make AI Write in YOUR Voice (Claude Skill Tutorial)
- The GenAI Nerd Channel: Claude Skills: Turn a Research Paper into a Branded PowerPoint in 5 Minutes