Perlu ke susahkan pengguna setia sebab AI?
Selesaikan sistem dalaman dulu sebelum 'paksa' orang luar adapt sistem baru.
Bila kita minta AI cadangkan sistem daripada SOP kerja, dia bukan saja tengok apa yang boleh dibina.
Dia juga boleh bantu kesan bahagian mana yang belum berbaloi untuk disistemkan.
Dalam satu demo kelas bina software, saya guna contoh SOP operasi catering untuk tengok cadangan AI.
Daripada contoh tu, masalah operasi team memang jelas:
- butiran order disalin banyak kali
- harga dikira manual
- status pesanan tak jelas sampai bos kena siasat dan tanya sana sini
AI cadangkan borang order, kiraan harga automatik dan papan status harian untuk team.
Pelanggan tetap WhatsApp butiran macam biasa.
Bos masukkan draf ke sistem, dan sistem bantu kira sebut harga.
Bila harga disahkan dan pelanggan setuju, barulah dapur mula sediakan pesanan ikut papan status.
Dalam demo tu juga, AI kenal pasti fungsi yang belum berbaloi untuk disistemkan, terutamanya yang melibatkan pihak luar.
Contohnya, memaksa pelanggan guna app tempahan baru semata-mata nak gantikan WhatsApp.
Walaupun app boleh bantu kumpul rekod, langkah tu perlukan usaha tambahan untuk ajar pelanggan.
Pelanggan mungkin rasa leceh nak biasakan diri, sedangkan team cuma perlukan rekod pesanan dan status yang kemas.
Kalau isu utama cuma butiran mesej tak lengkap, minta format maklumat tetap atau guna borang ringkas mungkin memadai.
App tempahan pula berbaloi dipertimbangkan kalau pelanggan memang nak buat sendiri, contohnya untuk pilih menu atau semak status pesanan.
Bila AI senaraikan macam-macam fungsi, semak dua perkara ini:
- apa masalah kerja sebenar yang nak diselesaikan
- siapa yang kena masukkan dan guna maklumat tu
Fokus selesaikan bottleneck team dahulu sebelum tambah fungsi yang melibatkan orang luar.