AI edit video kelas kami jadi klip TikTok | PandaiTech Blog

7 Oktober 2026 · 2 minit membaca

AI edit video kelas kami jadi klip TikTok

Hasil test Opus 5.5 untuk video

AI edit video kelas kami jadi klip TikTok

Dah lebih sebulan kami cuba bina workflow untuk tukar rakaman kelas kami sendiri yang berjam-jam jadi video pendek.

Kami nak repurpose rakaman tu jadi bekal content untuk post kat TikTok dan Instagram kami sendiri.

Masa guna ChatGPT Astra, kami kena banyak prompt dan spend masa semata-mata nak dapat hasil yang sekadar 'baik'.

Bila cuba Opus 5.5, model ni lebih faham konten kami dan pandai buat keputusan editing yang kena dengan topik.

Bagi kami, rasa macam dekat 90% masalah dalam sistem ni terus settle, sampai workflow untuk tukar rakaman kelas ni dah makin nak siap.

Bila potong video macam ni, cabaran sebenar bukan setakat pendekkan fail ikut transcript.

Klip tu tetap kena bawa satu idea yang lengkap.

Teks dan visual kena masuk waktu yang betul untuk tolong penonton faham, bukan berebut perhatian dengan speaker atau buat skrin bersepah.

Masa test hari tu, ada benda yang saya tak expect Opus buat sendiri:

  • Buang background speaker
  • Alihkan kedudukan speaker
  • Letak annotation kat rakaman skrin
Paparan video bertajuk ChatGPT: 2 mode, memperlihatkan rakaman skrin dengan bulatan hijau dan label AI ASSISTANT, serta cutout speaker di bahagian bawah tanpa latar belakang asal.
Tangkapan skrin saat 00:45 dari video Opus 5.5. Perhatikan cutout speaker kat bahagian bawah serta bulatan dan label visual kat atas rakaman skrin.

Kalau nak tengok contoh hasil dua model ni untuk topik berbeza, boleh belek video Astra ni dan video Opus 5.5 ni.

Saya sendiri takkan terus post sebab masih ada elemen slop yang kena cleanup dulu.