AI chatbot memang bagus, tapi perlu ke? | PandaiTech Blog

29 September 2026 · 2 minit membaca

AI chatbot memang bagus, tapi perlu ke?

Isnin lepas saya ada buat perkongsian kat satu agensi kerajaan pasal AI chatbot.

An antique typewriter receives a glowing golden gear as papers and brass parts streak outward through warm light.

​

​

Isnin lepas saya ada buat perkongsian kat satu agensi kerajaan pasal AI chatbot.

Tapi masa tengah borak-borak dalam meeting tu, discussion kami beralih ke soalan yang lebih penting:

"Betul ke chatbot ni jawapan yang betul untuk masalah diorang?"

Kenapa chatbot selalu jadi pilihan utama?

Bukan sebab orang malas fikir, tapi chatbot ni memang dah terbukti berkesan.

Tengok sendiri ChatGPT, Claude, Gemini, semua masih stick dengan interface chatbot, sebab mampu selesaikan masalah dengan baik dan user-friendly.

Nak setup pun dah makin mudah. Tak kacau database dan company tak perlukan kelulusan yang ketat untuk ubah software yang team/staf guna hari-hari.

Pilihan kedua, bina atau beli software baru.

Kedua-dua cara ni sebenarnya lebih kepada nak elak daripada usik sistem sedia ada je.

Apa jalan lain yang ada?

Cuba ambil sistem yang memang team/staf guna hari-hari, kemudian tambah fungsi AI dalam tu.

Biar software yang adapt dengan cara staf kerja, bukan setiap minggu team/staf nak kena adapt sistem baru.

Dengan AI coding sekarang, nak selit fungsi AI dalam sistem 'kuno' dah tak makan masa, kos pun dah makin rendah.

Kos sebenar lebih kepada cabaran nak fahamkan sistem lama, isu keselamatan, dan kelulusan syarikat.

So, instead of kita tanya: “App AI apa kita nak bina?”

Tanya dulu: “Bahagian kerja mana yang AI boleh bantu?”

AI tak semestinya kena jadi produk baru. Dia boleh jadi satu fungsi kecil dalam sistem yang sedia ada.