Anda guna ChatGPT. Tapi pernah tak terfikir nak jual ChatGPT versi anda sendiri?
Dalam 18 bulan lepas, OpenAI, Google, dan Anthropic dah buka satu jalan yang ramai orang tak nampak.
Majority kita guna AI macam ChatGPT, Claude, atau Gemini sebagai chat tool. Tanya soalan, dapat jawapan, tutup tab. Selesai.
Itu memang berguna. Tapi kalau anda berhenti di situ, anda terlepas satu perubahan besar yang berlaku dalam 18 bulan lepas.
OpenAI release CustomGPT. Google release Gems. Anthropic release Skill.
Kita semua nampak feature ni keluar. Tapi ramai anggap dia macam, "oh, ChatGPT versi yang ada prompt lebih sikit."
Itu salah faham yang besar.
Apa sebenarnya berlaku: Tiga platform AI utama dalam dunia ni sebenarnya dah jadi distribution surface untuk productized AI assistants. Bukan feature. Surface.
Maksudnya?
Maksudnya kalau awak ada satu skill spesifik macam caption writer, fatwa Q&A, resume reviewer, ad strategist Melayu, IG hook generator untuk niche tertentu, awak boleh bina satu AI assistant yang specialized untuk benda itu, dan publish dia di tempat yang dah ada jutaan pengguna aktif.
Tanpa coding.
Tanpa hosting.
Tanpa app development.
Platform AI tu yang carry semua tu.
Kenapa ini menarik?
Sebelum AI, ada 2 cara je nak jual produk digital:
Pertama, static content - ebook, template, PDF, prompt pack. Senang nak bina, tapi orang baca sekali lepas tu lupa. Customer awak hilang dalam masa seminggu.
Kedua, software - SaaS, app, tool. Cool dan orang boleh guna berulang kali. Tapi nak bina kena ada developer, designer, server, billing, support team. Untuk solo builder, itu mission impossible.
AI bagi kita pilihan ke-3 yang dulu tak wujud:
Productized AI assistant.
Effort untuk buat = level ebook (sebab AI yang buat kerja).
Tapi engagement = level software (sebab dia jadi tool yang orang sentiasa guna, bukan macam ebook).
Kategori ini baru.
Tahun lepas kami test sendiri kategori ni. Launch satu pack 12 CustomGPT untuk solopreneur - LimauLabs Pekerja AI. Dalam masa sehari kami siapkan semua. Tanpa app, tanpa team besar.
1,100+ buyers dalam 8 bulan.
Yang buat kami terkejut bukan jualan, tapi retention. Kami ingat orang beli sebab nampak cool lepastu tak guna, tapi rupanya tidak. Pembeli Pekerja AI masih kembali guna GPT ni, walaupun lepas setahun dan walaupun dah macam2 solution lagi power yang muncul.