Apa yang kami belajar dari 1,100 customer produk digital AI kami...
Bukan pasal berapa banyak sales masuk, tapi apa yang jadi selepas 6 bulan mereka beli.
Rabu lepas, saya ada kongsikan pasal satu kategori produk baru yang wujud sebab AI.
Hari ni, saya nak tunjuk satu 'nombor ajaib'. Nombor ni lah yang buat saya yakin yang peluang ni adalah mispriced opportunity paling besar dalam bisnes digital sekarang.
Macam ni ceritanya. Bulan Mac lepas, kami launch satu produk bernama Pekerja AI di bawah jenama LimauLabs.
Ia sebenarnya koleksi 12 CustomGPT khas untuk solopreneur, founder bisnes kecil, dan sesiapa yang kena buat marketing sendiri. Kira macam tools untuk tolong tulis content, copywriting, planning, dan macam-macam lagi.
Cara kami launch? Sangat low-key:
- 1 sales page (kami buat sendiri je)
- Facebook Ads
- Itu je
Hasilnya selepas 8 bulan?
- Lebih 1,100 buyers.
- Harga bermula dari RM99, dan kami naikkan ke RM149 lepas capai 700 buyers pertama.
Tapi sejujurnya, itu cuma sales. Ada benda yang jauh lebih penting berlaku lepas dorang beli.
Day-180 retention kami: 20.4%
Biar saya translate nombor ni ke bahasa mudah: Selepas 6 bulan membeli, 1 daripada 5 customer kami MASIH GUNA tools tu setiap minggu.
Untuk bagi anda nampak betapa besarnya impak nombor ni, cuba bandingkan dengan benchmark industri:
- SaaS consumer level 'Top-tier', Day-30: ~20–25%
- Average mobile app, Day-30: ~5–6%
- Average mobile app, Day-180: Kurang dari 2%
- Pekerja AI, Day-180: 20.4%
Maksudnya? Retention kami selepas setengah tahun adalah setanding dengan retention syarikat SaaS premium selepas sebulan. Masa 6x lebih lama, tapi retention sama mantap.
Dan yang paling best, kami capai semua ni tanpa perlu buat app, tanpa setup server, tanpa support team (kami setup bot support guna Whatsapp + Gemini), dan tak payah pening kepala nak maintain codebase.
Macam mana boleh jadi macam ni?
Lama juga saya duduk fikir pasal hal ni. Kesimpulan saya: Cara orang guna AI assistant ni sangat berbeza berbanding cara dorang guna e-book atau template.
Bila orang beli e-book, dorang baca, fahamkan, dan content tu kira "dah habis". Takde sebab nak buka balik hari-hari melainkan nak buat rujukan sekali-sekala.
Tapi, bila orang ada AI assistant yang memang specialized untuk selesaikan masalah berulang dorang, contohnya tukang buat caption IG, atau tukang jana hook video TikTok, setiap minggu dorang akan hadap masalah yang sama. Jadi, dorang buka tab baru, masukkan prompt, dan terus dapat hasil. Sebab ia adalah tool, bukannya sekadar content.
Dan lumrah manusia, bila satu tool tu berguna, kita akan sentiasa patah balik dan guna lagi.
Itulah rahsia kenapa kategori AI ni sangat sticky.
Tapi...
Bukan semua CustomGPT boleh dapat retention yang bagus macam ni.
Terus-terang cakap, banyak yang flop. Orang download, cuba sekali, lepas tu terus lupa. Sebab apa? Sebab GPT tu terlalu generic, tak fokus, dan output dia tak konsisten. Rasa macam guna ChatGPT biasa je, cuma tambah "basa-basi" sikit.