Korang punya tulisan AI nampak fake? Ini 2 red flag paling besar.
Ramai yang guna AI untuk tulis content sekarang, dari LinkedIn, assignment sampai la ke tugasan kerja.
Tapi... ramai jugak yang kantoi.
Sebab tulisan tu nampak sangat macam robot yang buat.
Ada 2 benda paling obvious yang kantoikan "INI AI TULIS!".
Yang pertama, simbol pelik ni (—).
Nama dia 'em dash'.
Kita dekat Malaysia jarang gila guna benda ni dalam tulisan biasa. Tapi AI, terutamanya model-model awal, suka sangat letak simbol ni.
Dekat platform macam Reddit, X, dan LinkedIn, user dah mula perasan yang simbol ni dah jadi macam AI indicator.
Nampak je (—) ni, orang terus skeptikal.
Yang kedua, perkataan-perkataan 'try hard' yang skema.
Contoh paling famous: "delve".
Cuba tengok graf bawah ni, sejak ChatGPT wujud, penggunaan perkataan "delve" dalam research paper naik mencanak gila.
Masalahnya, Mat Salleh pun jarang guna dalam conversation biasa.
Bila perkataan ni muncul, orang terus fikir "Ni mesti AI tulis."
Ada lagi perkataan lain dalam 'blacklist' ni macam "tapestry", "realm", dan lain-lain. Perkataan yang bunyi grand tapi buat ayat korang jadi kaku (atau acah power).
So, macam mana nak elak nampak macam noob bila guna AI?
Simple je. Jangan copy-paste buta-buta.
Bagi 'Instructions' yang clear dekat AI korang.
Sebelum generate apa-apa, letak je arahan ni dalam prompt korang:
"Avoid AI-like phrasing. Replace em-dashes (—) with a dot (.) to start a new sentence, or a comma (,) to continue. Avoid formulaic verbs and metaphor cliches like 'delve', 'tapestry', 'realm'."
Benda simple macam ni boleh buat tulisan korang nampak 10x lebih human dan original.
Jangan jadi macam brader ni sudah. Sampai kantoi tulis artikel akhbar guna AI
Ingat, AI ni tool untuk bantu, bukan untuk buat kita nampak malas.