Bila AI dapat akses akaun Meta Ads
Tengok apa jadi bila AI baca data sebenar, dah bukan sembang teori
Baru-baru ni saya cuba satu setup eksperimen untuk Meta Ads.
Rancangan asalnya mudah: satu AI semak akaun iklan setiap hari, lepas tu pass info dekat AI lain.
Masa saya nak tunjuk contoh hari tu, setup tu ada sangkut sekejap sebab rosak.
Tapi dalam test tu, AI agent ni ada notify something: iklan untuk satu produk ni tengah pause.
Sebenarnya saya sendiri yang dah pause iklan tu awal-awal. Bukannya agent tu pandai-pandai decide nak stop sendiri.
Cuma kat sini ada satu beza penting.
Biasa kalau kita sembang dengan AI pasal ads, kita cuma dapat teori yang general.
Bila kita bagi AI akses tengok akaun sebenar, fungsi dia terus jadi lagi mantap:
- Dia check info dalam akaun
- Dia report apa yang betul-betul ada kat dalam
Berguna atau tak sesuatu agent banyak bergantung pada maklumat apa yang kita bagi dia periksa.
Peranan kita cuma jadi tukang setup untuk tentukan macam mana AI bekerja sesama diorang.