Bila AI edit video kelas untuk TikTok...
Dalam kelas free The State of AI kelmarin, saya ada share satu workflow yang saya tengah buat.
Dalam kelas free The State of AI kelmarin, saya ada share satu workflow yang saya tengah buat.
Saya minta AI agent potong rakaman kelas panjang jadi beberapa klip pendek.
Biasanya kalau nak buat klip macam ni, kita kena buka CapCut, cari satu-satu bahagian, potong dan export sendiri.
Tapi bila AI agent ada akses tools dan fail yang betul, kita terus bagitahu output macam mana yang kita nak.
Saya request AI agent buat macam ni:
- Convert video ke teks (transkrip)
- Cari part mana yang best dan track by timestamp
- Guna tool dalam laptop untuk trim video tu ikut timestamp
Dengar macam power, tapi bila tengok balik, hasil dia memang tak polished macam manusia buat.
Antara benda yang sangkut:
- Cut lari few seconds sebab dia potong ikut transcript semata-mata
- Banyak filler words dan ayat berulang yang dia tak buang
Daripada 10 video yang siap, maybe ada 2 je yang boleh guna terus.
Maksudnya, walaupun agent dah siapkan fail, bukan terus boleh publish.
Kita tetap kena double check dan buat penilaian sendiri.
Kebetulan baru-baru ni Gemini ada keluarkan feature agentic video understanding.
Jadi saya tengah test minta Codex contact Gemini untuk tengok video pendek tu dan buat final polish.
Saya tak tahu lagi apa jadi, nanti saya share.