Bila AI sangkut baca fail PDF
Cuba pecahkan PDF jadi bahagian lebih kecil sebelum minta AI buat kerja
Katakan anda ada satu fail PDF nota yang tebal, beratus muka surat.
Tujuan asal cuma nak minta AI tolong buat ringkasan.
Tapi bila fail terlalu besar, sesetengah AI mula sangkut atau pening nak hadam.
Salah satu cara, kita boleh tukar dulu PDF tu jadi format Markdown.
Markdown ni teks biasa je yang masih kekalkan heading dan bullet points.
Senang sikit kita nak semak sendiri isinya sebelum bagi kat AI.
Bukan setiap fail kena buat macam ni. Tapi kalau dokumen tu mula buat hal, cara ni boleh bantu.
Untuk mudahkan proses ni, saya ada bina tool PDF to Markdown.
ChatGPT selalunya boleh baca PDF terus tanpa isu, tapi Gemini kadang-kadang sangkut bila dapat fail besar.
Kalau suap PDF terus dah jalan elok, tak perlu tukar apa-apa pun.
Tapi kalau Gemini mula sangkut, tukar fail jadi teks biasa ialah satu alternatif yang boleh dicuba.
Bila kita upload PDF tebal kat tool ni, sistem kat belakang akan tolong potong fail tu jadi kumpulan page yang lebih kecil sebelum convert.
Anda cuma perlu upload fail, biar sistem uruskan bahagian potong tu kat belakang.
Bila dah dapat teks Markdown, semak sepintas lalu dengan dokumen asal kot-kot ada bahagian penting tercicir.
Lepas tu, guna teks tu sebagai rujukan dan tanya soalan yang spesifik.
Contohnya:
- Ringkaskan tiga idea utama daripada nota ini. Gunakan isi dalam nota saja.
Cara kita susun dan kecilkan tugas sebelum bagi kat AI memang ada beza.
Bila AI mula sangkut, jangan terus paksa proses sekali harung. Cuba kecilkan dulu saiz tugasan tu.