Sejak AI meletup tahun 2022, industri yang paling cepat berubah BUKAN marketing, bukan design.
Tapi coding.
Cara orang buat software dah berubah GILA dalam masa 3 tahun ni. Dulu makan masa bertahun, sekarang boleh siap dalam beberapa hari je.
Ini adalah 4 zaman programming yang mengubah segalanya.
1. Zaman Prasejarah (Sebelum 2022)
Ini zaman sebelum ada GPT-4. Kalau nak buat coding, proses dia SANGAT manual.
- Belajar Dulu: Kena belajar coding berbulan-bulan, kalau buat degree sampai 4 tahun.
- Tulis Kod Sendiri: Takde siapa nak tolong. Kena tulis setiap baris kod tu sendiri.
- Baca Documentation: Nak sambungkan software kita dengan sistem lain (contoh: WhatsApp), kena baca documentation yang tebal dan teknikal. Boleh jem kepala.
- Google Bila Error: Ini part paling leceh. Bila ada error, kena Google sampai jumpa jawapan dekat Stack Overflow, satu website yang sekarang ni dah makin 'dying' sebab AI.
Pendek kata, proses dia sangat perlahan dan perlukan banyak kesabaran.
2. Zaman GPT-4 (2022 - 2023)
Bila GPT-4 muncul, semua benda tadi masih kena buat.
TAPI... ada satu benda besar dah berubah.
Bila ada error, programmer dah tak payah Google sangat. Diorang just copy je mesej error tu dan paste dekat ChatGPT.
ChatGPT terus bagi jawapan dan solution.
Ini adalah permulaan revolusi. Dah tak payah nak fahamkan error tu dalam-dalam. JUST COPY AND PASTE. Efficiency terus naik mendadak.
3. Zaman Cursor (2023 - 2024)
Lepas tu, muncul pulak tool macam Cursor.
Cursor ni ibarat software coding yang dah ada GPT-4 dekat dalam. Dah tak payah buka browser lain. Semua boleh buat dekat satu tempat.
Zaman ni paling menarik sebab dia melahirkan DUA MAZHAB berbeza:
- Geng Programmer: Orang lama yang dah biasa coding. Diorang guna AI sebagai assistant yang super power. Diorang bagi arahan teknikal, AI tolong tuliskan kod, lepastu diorang check dan approve.
- Geng Vibe Coder: Orang baru yang takde basic programming. Diorang main "tulis je apa dia nak", dan AI akan cuba buatkan.
Masa ni memang banyak drama. Programmer cakap Vibe Coder ni tak hormat disiplin ilmu. Vibe Coder pulak balas yang programmer ni suka 'gatekeep' industri.
Sama macam kes Midjourney dengan artis dulu.
4. Zaman Claude Code (2025 - Sekarang)
Sekarang, drama tu dah reda.
Sebab AI model yang baru macam Claude dah makin power, dan satu workflow baru dah muncul. Yang bestnya, dua-dua geng (Programmer & Vibe Coder) dah guna cara yang SAMA.
Workflow dia ada 3 step je:
- FIKIR & TULIS: Sebelum start coding, plan dulu. Tulis dalam satu dokumen. Apa feature kita nak? Macam mana rupa design dia? Siapa user kita?
- DISCUSS DENGAN AI: Lepas dah ada plan, kita bincang dengan AI. Serius, macam bincang dengan freelancer. Kita bagi idea, AI akan bagi feedback. Kalau idea kita tak logik, AI akan 'sound' kita direct dan bagi cadangan yang lebih baik.
- BIAR AI BUAT KERJA: Bila plan dah solid lepas perbincangan tadi, kita suruh je AI yang kodkan semua. Sebab perbincangan awal tu dah SANGAT DETAIL, kita dah boleh jangka hasil dia memang akan jadi seperti yang dirancang.
Even programmer pro pun sekarang dah tak check kod satu-satu macam dulu. Diorang lebih fokus pada planning dan strategy.
So, macam tu lah dunia dah berubah. Benda yang saya belajar 4 tahun dekat universiti dulu, sekarang orang yang takde background programming pun boleh buat dalam beberapa hari je dengan bantuan AI.
Memang mindblown.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut pasal macam mana AI ubah industri, jangan lupa follow dan join telegram group kita. Link dekat bio.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut pasal tool dan teknik terbaru dalam dunia AI, boleh ke saluran PandaiTech Alpha kami dekat link di bawah.
Saluran AI #1 Anda: https://pandaitech.my/alpha