Ada banyak cara untuk anda belajar ChatGPT. Tiada masalah sama ada anda mahu belajar secara percuma ataupun berbayar, dua-dua betul dan berkesan.
Tetapi, ada satu cara yang memang salah untuk belajar ChatGPT.
Sebelum itu, kita tengok dulu cara yang betul untuk belajar ChatGPT.
✅ Dua cara yang betul untuk belajar ChatGPT
Belajar secara percuma
Zaman sekarang, kebanyakan ilmu pengetahuan dalam dunia ini anda boleh akses secara percuma sahaja, boleh mula dengan gunakan Google atau YouTube.
Ini termasuklah ilmu-ilmu yang diajar di universiti. Saya dah cuba cari, semua subjek yang saya belajar sepanjang 3 tahun di universiti, semuanya ada di YouTube.
Sama juga dengan ChatGPT, jika anda ada masa yang banyak, anda boleh explore sendiri.
Di PandaiTech, kami berkongsi ilmu secara percuma di TikTok dan Telegram kami. Selain itu, anda juga boleh cari ilmu tentang ChatGPT di forum OpenAI, Youtube, Reddit dan sebagainya.
Belajar secara berbayar
Sekiranya anda tiada masa yang banyak, anda juga boleh memilih untuk belajar secara berbayar.
Kursus yang bagus biasanya telah menapis ilmu yang betul-betul penting untuk anda kuasai supaya anda boleh terus menggunakan ChatGPT. Kursus-kursus ini juga biasanya berkongsi tentang ChatGPT dengan lebih mendalam.
Senang cerita, kelebihan belajar secara berbayar ialah anda dapat belajar dengan berstruktur dan dapat jimat masa.
❌ Cara yang salah untuk belajar ChatGPT:
Satu kesilapan yang dilakukan oleh orang yang baru mula menggunakan ChatGPT ialah, mereka mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang menjual beribu malah berpuluh ribu prompt ChatGPT.
Kita sangka, lagi banyak prompt yang kita beli, lagi banyak benda yang kita boleh buat.
Tapi sebenarnya, ada beberapa perkara yang anda perlu faham:
Lagi banyak, lagi pening
Bayangkan anda, seorang newbie, beli buku yang mengandungi 1000 cara untuk membangunkan bisnes. Apa yang jadi ialah anda sendiri akan keliru, cara mana yang terbaik, dan akhirnya tiada apa yang dapat dibangunkan.
Apa yang anda perlukan sebenarnya ialah 1 sahaja cara yang telah dicuba dan terbukti berkesan.
Kualiti > kuantiti
Kenapa sebelum-sebelum ini, tiada sesiapa yang menjual 10,000 teknik digital marketing, 10,000 formula copywriting dan sebagainya, tapi sekarang ada?
Jawapannya ialah, ChatGPT. Sebenarnya, prompt yang beribu yang dijual kepada anda itu dihasilkan oleh ChatGPT.
Bagi saya, tiada masalah untuk menggunakan ChatGPT malahan sangat bagus, tetapi saya meragui kualiti prompt yang dijual sekiranya ia terlalu banyak. Boleh jadi penjual tidak menyemak dan mencuba sendiri pun prompt yang dijual.
Workflow > prompt
Setelah menggunakan ChatGPT setiap hari selama beberapa bulan, saya dapati, untuk mendapatkan jawapan yang baik dari ChatGPT, tidak cukup dengan 1 prompt sahaja. Anda perlu menggabungkan beberapa prompt. Perkara ini dipanggil sebagai workflow.
Apakah beza prompt dengan workflow?
Prompt ialah satu arahan yang anda boleh berikan kepada ChatGPT, manakala workflow pula ialah gabungan beberapa arahan dan proses-proses lain untuk anda menyelesaikan sesuatu tugas.
PandaiTech ChatGPT Workflows
Tulis prompt sendiri
Anda boleh copy & paste prompt, tapi tujuannya hanyalah untuk pembelajaran sahaja.
Konsepnya, setelah anda copy, paste dan cuba beberapa prompt, anda akan nampak dan faham konsep bekerja dengan ChatGPT dan konsep prompting itu sendiri.
Kalaulah copy & paste prompt ialah cara yang terbaik untuk menggunakan ChatGPT, pastinya OpenAI sendiri akan menyediakan prompt library yang anda boleh pilih sahaja dari situ.
Langkah pertama: cuba dulu
ChatGPT ialah satu tool percuma yang boleh diakses oleh semua orang dengan sangat mudah.
Kebiasaannya, apabila ada yang bertanya saya tentang macam mana nak guna ChatGPT, nasihat saya ialah, pergi ke chat.openai.com dan cuba sendiri. Sekiranya anda rasa anda perlukan skill yang lebih, barulah cari tutorial, kelas, kursus dan sebagainya.
Akses ke PandaiTech ChatGPT Workflows diberikan secara percuma dengan pembelian ChatGPT Promptcrafter Course - Pakej Pro AI: