Cara saya research Meta Ads guna AI
Iklan dah lama run tak semestinya untung, tapi boleh jadi starting point untuk kita study iklan tu
Sebelum saya decide positioning atau mula build apa-apa produk, saya selalu belek produk yang lebih kurang sama dekat market luar.
Tempat paling senang nak tengok biasanya dekat Meta Ad Library.
Benda yang saya perhati:
- Hook dan angle iklan tu
- Gaya content dan positioning
- Offer dan susunan landing page
Bila nampak iklan yang dah run lama, saya jadikan itu sebagai clue untuk kaji lagi dalam.
Cuma, jangan anggap iklan yang dah run lama tu bukti produk diorang tengah perform.
Meta Ad Library tak dedahkan conversion rate, profit, atau sebab sebenar diorang terus spend kat iklan tu.
Part ni baru saya bawa masuk AI untuk tolong buat research.
Saya kumpul link serta nota yang ada, lepas tu guna AI untuk:
- Susun pattern yang nampak berulang
- Bandingkan positioning setiap produk
- Rangkumkan isi penting daripada offer diorang
AI memang lajukan kerja nak bandingkan semua maklumat ni.
Tapi nak decide sama ada angle tu sesuai untuk audience kita atau tak, itu tetap perlukan decision kita.
Iklan yang dah run lama sekadar clue untuk kita mula kaji, bukan format iklan confirm jadi.