Dulu fokus prompt, sekarang fokus context
Bila sebut pasal context engineering, ramai ingat kita kena sumbat semua teks dalam satu prompt panjang.
Bila sebut pasal context engineering, ramai ingat kita kena sumbat semua teks dalam satu prompt panjang.
Sebenarnya bukan macam tu.
Benda ni ada dua side:
Bahagian kita sebagai user:
- Sediakan satu folder kerja yang clean.
- Simpan panduan utama dalam fail markdown.
- Set memory untuk benda penting yang kerap berulang.
- Sambung tool atau connector yang betul-betul perlu saja.
Bahagian agent pula:
- Cari dan baca fail yang berkaitan bila kita bagi task.
- Load instruction atau skill bila task tu perlukan.
- Guna tool untuk kutip info terkini.
- Siapkan workflow multi-step dan terus update fail kerja kita.
Workflow macam ni nampak jelas bila kita tengok Claude Cowork dan fungsi memory Claude Code.
Folder dalam laptop kita terus jadi working environment untuk AI. Agent boleh baca dan ubah fail secara terus.
Ini bukan nak banding siapa lagi pandai. ChatGPT Projects dan Custom GPTs pun ada kelebihan sendiri.
Cuma untuk kerja yang libatkan banyak fail dan step berterusan, setup macam Cowork memang rasa lagi proper.
Kita bukan lagi cari model mana yang boleh ingat semua benda, tapi macam mana nak setup workspace yang agent boleh guna dengan senang.