Kenapa kena start guna AI Agent?
Masa kelas Build Internal Software hari tu, saya demo cara bina sistem bisnes katering guna mode /goal Codex.
Masa kelas Build Internal Software hari tu, saya demo cara bina sistem bisnes katering guna mode /goal Codex.
Beza paling besar AI biasa dengan AI Agent ada dekat feedback loop:
- Goal, matlamat
- Attempt, cuba bina
- Inspection, semak hasil
- Repair, baiki error
- Repeat, ulang sampai selesai
AI biasa cuma bagi satu jawapan, AI Agent pula boleh terus run sampai siap.
Kalau anda nak try, dalam Codex type /goal, dalam Claude Code type /loop.
Functionnya untuk AI agent settle task yang kita bagi dari A-Z, sampai siap.
Cuma sebab AI agent ni makin pandai, anda prompt "buat sampai siap" pun boleh.
Lepas dia bina feature catering yang saya request, dia check balik sistem tu okay ke tak.
Kalau sangkut, dia run test, baiki code yang rosak, dan cuba lagi.
Mode /goal ni boleh biar running lama untuk task complicated, sampai 2 ke 3 hari kalau kita bagi skop yang sesuai.
Tapi bukan bermakna software tu terus perfect. Error tetap boleh jadi.
Bila goal kita tak jelas, AI akan mula memandai plan sendiri. Kadang betul, kadang ke laut.
Tugas kita cuma bagi goal yang jelas dan tentukan bila kerja tu dikira siap.
Selebihnya, biar agent yang run loop tu sampai habis.