Midjourney Negative Prompting | PandaiTech Blog

Midjourney Negative Prompting

Asingkan elemen yang anda tidak mahukan dari gambar yang dihasilkan Midjourney dengan menggunakan kaedah negative prompting.

Negative Prompting

Negative prompting, atau dalam documentation ada disebutkan sebagai No parameter, merupakan satu format prompting Midjourney untuk kita beri arahan bagi membuang sesuatu elemen yang kita tak mahukan dalam gambar.

Seperti aplikasi mengedit gambar yang lain, ada beberapa fungsi yang membolehkan kita edit gambar untuk membuang elemen-elemen yang kita taknak.

Jadi, negative prompting ni kita boleh klasifikasikan sebagai fungsi yang lebih kurang sama khusus dalam aplikasi penghasilan imej AI seperti Midjourney. Cuma ia lebih kepada menambah baik prompt menggunakan No parameter supaya gambar yang dihasilkan boleh dibuang beberapa elemen yang tidak dimahukan.

Kaedah ini kita boleh gunakan dengan meletakkan satu format parameter yang diselaraskan oleh Midjourney.

Format

  1. Jarak
  2. Dua sempang (-)
  3. Jarak
  4. Elemen yang nak dikecualikan

Kalau ada lebih dari satu elemen, masukkan koma je selepas elemen pertama dan jarak, kemudian masukkan elemen-elemen seterusnya berturutan.

Aplikasi

Kalini saya saje test Midjourney dengan prompt ringkas, nasi lemak;

Memang menarik semua gambar yang dihasilkan. Contohnya, dalam gambar ni saya suka dengan V4 (variasi ke-4) sebab ada daun pisang. Nampak lebih unik dari yang lain dan boleh terbau2 sampai kesini.

Disebabkan gambar ni dihasilkan oleh AI, dalam gambar pilihan tu mungkin ada elemen yang kita rasa tak perlu ada, contohnya pada saya cili merah tu.

So, dekat sini kita boleh aplikasikan kaedah negative prompting:

  1. Pilih variasi yang kita nak
  2. Remix prompt asal
  3. Masukkan No parameter dengan elemen yang kita nak asingkan

Tambahan, kalau anda nak masukkan semula prompt asal beserta No parameter terus pun boleh. Tak perlu pilih variasi, generate terus variasi gambar yang baru. Okay kita sambung;

Nampaknya berjaya untuk hasilkan variasi-variasi yang menarik. Hasil kalini saya masih pilih V4 sebab persembahan yang sangat menarik dan tidak berlebihan nasinya.

Firm Negative Prompting

Saya perasan kedua-dua V4 yang saya minat, sebelumnya ada hirisan limau, kalini ada hirisan lemon pula. Saya nak asingkan kedua-dua benda ni dari gambar.

Jadi, untuk baiki pilihan gambar kalini, saya buat sedikit penambahbaikan pada prompt saya, iaitu dengan menggunakan teknik firm negative prompting.

Sedikit tips, kita boleh tambahkan penegasan dalam negative prompting kita menggunakan sinonim ataupun item-item yang lebih kurang sama supaya ia dapat membantu Midjourney untuk menerima maklumat yang kita tak mahukan elemen-elemen seperti itu dalam gambar.

Macam hasil sebelum ni, yang pertama tu ada limau tapi tiada lemon, yang kedua pula ada lemon tiada limau.

Jadi, saya terus masukkan kedua-dua nama objek ini beserta buah, yang mana secara asasnya adalah jenis kepada kedua benda ni.

Hasil kalini lebih kemas dan menarik dan yang paling penting ialah, benda-benda yang saya taknak tadi dapat diasingkan.

Hybrid Negative Prompting

Selain kaedah negative prompting biasa dan penegasan tadi, ada satu lagi cara, dimana kita boleh hybridkan negative prompting dengan fungsi pemberat ataupun multi-prompt.

Multi-prompting ni saya akan ulas dalam topik yang berasingan. Jadi, kita teruskan dengan kaedah hybrid ni.

Berbeza dengan kaedah biasa tadi, selain konsistensi yang mungkin kurang memuaskan (kena cuba beberapa kali), kaedah ini dikira lebih tepat dan bantu tingkatkan tahap hasil negative prompting kita.

Kita boleh tambahkan nombor positif untuk benda yang dimahukan dan nombor negatif untuk benda yang nak dikecualikan. Melalui cara ini, maklumat dapat disampaikan kepada Midjourney berkenaan elemen mana yang perlu diberi fokus dan mana yang perlu diabaikan.

Prinsip utama yang anda perlu tahu dalam multi-prompt ni ialah jumlah akhir setiap nombor itu wajib positif selepas dijumlahkan. Gambar yang dihasilkan mungkin rosak ataupun memang tidak keluar langsung jika tersalah cara.

Mungkin agak sukar sikit anda nak faham poin kalini tanpa rujukan, jadi anda boleh tengok contoh dibawah. Saya mulakan semula dari hasil gambar nasi lemak yang pertama tadi, cuma kalini saya akan menggunakan hybrid negative prompting untuk saya asingkan cili dari gambar, dan inilah hasilnya;

Kalini saya eksperimen dengan beberapa prompt dengan nombor pemberat yang berlainan untuk uji keberkesanan hybrid negative prompting ni.

Cuba anda tengok kualiti output pada setiap gambar, cara ini pada saya adalah lebih efektif untuk kita hilangkan atau kurangkan elemen yang kita tak mahukan dalam gambar secara berkadaran.

Semakin tinggi nombor pemberat yang kita letak dalam prompt, semakin tinggi keberkesanan yang dihasilkan dalam output.

Kalau kita rujuk semula hasil ketiga-tiga contoh ni kita akan perasan yang cili tersebut masih ada dalam beberapa variasi gambar dari setiap contoh pemberat yang berlainan. Cuma, perbezaan kalini lebih ketara dimana cili kelihatan semakin tenggelam ataupun hilang terus dalam gambar dengan nombor pemberat yang lebih tinggi.

Peringatan mesra, pastikan nombor pemberat yang digunakan tidak terlalu tinggi, kerana ia berpotensi merubah konteks gambar dari maksud yang asal. Contohnya, dalam hasil gambar -0.75 kita boleh lihat tiada satu pun gambar yang ada telur goreng lengkap bersama putih telurnya.

Tapi untuk tujuan eksperimen anda masih boleh untuk cuba-cuba nombor pemberat yang lebih tinggi, dan anda bertuah sekiranya hasil yang diberikan menepati citarasa anda.

Yang saya dah eksperimen, range antara -0.75 hingga -0.80 adalah nombor negative hybrid prompting paling tinggi yang optimum.

Kesimpulannya, negative prompting adalah teknik mengubahsuai prompt untuk mengasingkan sesuatu elemen dari gambar. Turut dikongsikan diatas, 2 teknik advanced negative prompting yang anda boleh gunakan:

  1. Firm Negative Prompting (No Parameter + Sinonim)
    Contoh: /imagine nasi lemak --no chilli, lemon, lime, fruit

  2. Hybrid Negative Prompting (Multi-prompt + Negative Prompt)
    Contoh: /imagine nasi lemak::1 chilli::-0.5