Otak kita yang bagi AI ada 'taste' | PandaiTech Blog

29 September 2026 · 2 minit membaca

Otak kita yang bagi AI ada 'taste'

Nak build website sekarang dah tak susah, tapi nak bagi website kita tak nampak sama macam orang lain tu yang susah.

Palet lukisan memilih sapuan warna ambar pada susunan kad reka bentuk yang kabur, melambangkan citarasa manusia memberi identiti pada hasil AI.

Nak build website sekarang dah tak susah, tapi nak bagi website kita tak nampak sama macam orang lain tu yang susah.

Perasan tak, kalau AI build landing page biasanya ada pattern yang dia akan ulang-ulang: hero besar dekat tengah, gradient lembut, tiga kotak feature, butang gelap bucu bulat, dan banyak lagi.

​

Bukan AI tak pandai. Tapi kalau kita just prompt “buatkan landing page cantik”, memang AI akan guna pilihan cantik paling 'generic' dalam data dia.

Ada satu kajian tentang design zaman ni yang makin hilang identiti bila guna AI. Salah satu puncanya, bila input kita terlalu general, AI sendiri kena isi benda yang kita tak specify.

Dan selalunya, AI akan isi ruang tu dengan pattern yang paling biasa, sebab tu last sekali output yang kita tengok 'sama' je.

Sama = Slop = Boring

Cara saya bagi AI ada 'taste'

Jujur cakap, 80-90% kerja saya sekarang semua guna AI. Cuma bezanya, saya cuba tutup ruang untuk dia memandai-mandai (hallucinate).

Kalau anda nak bagi ada 'taste', boleh start dengan tips ni:

  • Agent skill. Simpan design guideline dalam fail skill untuk AI baca setiap kali dia nak sentuh bahagian design. Contoh popular ialah Taste Skill.
  • Design language. Bagi AI sistem yang jelas macam shadcn/ui supaya spacing dan warna tak terabur.
  • Screenshot. Hantar gambar contoh yang kita suka dan minta AI ikut struktur tu.

Tapi kalau design tu memang paling utama untuk projek tu, better buka Figma dan susun sendiri.

Skill sebenar ialah memilih

AI boleh bagi banyak pilihan dengan cepat. Tapi anda yang kena approve pilihan mana yang terbaik.

Dulu nilai kita pada skill menulis code. Sekarang nilai berpindah kepada keputusan:

  • apa yang patut ada?
  • apa yang patut buang?
  • bila kita berani cakap “ini tak cukup bagus, improve lagi”.

Itulah taste. Dan kuasa ni memang ada pada diri anda sebenarnya.