Pilih Model AI Terbaik Untuk Kickstart 2026 | PandaiTech Blog

Pilih Model AI Terbaik Untuk Kickstart 2026

Lusa dah masuk tahun baru.

 

Lusa dah masuk tahun baru. Kami pasti, ramai di antara anda yang masih guna satu model AI je, kan?


Jangan risau, anda tak keseorangan.

Tapi, kalau anda masih setia pada satu AI model sahaja tanpa sebab yang kukuh, anda mungkin akan tertinggal di belakang.

Landskap AI berubah sangat pantas. Apa yang relevan bulan Januari dulu, mungkin dah jadi sejarah purba hari ini.

Jadi, untuk edisi terakhir tahun ini, kami nak kongsikan strategi kami memilih "senjata" yang betul untuk memulakan 2026.

Ini adalah pemerhatian kami berdasarkan situasi semasa di Twitter (X), benchmark terkini, dan pengalaman kami sendiri.

1. ChatGPT: Raja UI/UX & Keseimbangan

Kita kena berlaku adil.

Walaupun dah hujung 2025, ramai lagi yang masih guna ChatGPT, termasuklah saya.

Kenapa?

Sebab UI/UX dia memang "champion".

Pengalaman guna app dan web dia sangat "smooth". Rasa natural. Kualiti output dia pula sangat balanced.

Bila kita tanya soalan kompleks, dia jarang bagi jawapan yang pelik-pelik. Dia adalah pilihan yang paling selamat dan reliable untuk kegunaan umum.

2. Claude: Otai Coding

Ini pula favourite geng programmer.

Kalau anda tengok benchmark coding terkini, Claude memang susah nak lawan. Dia macam dah master habis bab backend dan frontend.

Kami sendiri perasan, kawan-kawan developer kami hampir semuanya dah beralih arah ke Claude untuk tulis kod.

Dia faham logik sistem yang kompleks dengan lebih baik berbanding model lain. Kalau kerja anda banyak melibatkan teknikal dan pengaturcaraan, Claude adalah rakan karib anda.

3. Gemini: "The Dark Horse" Yang Mencuri Hati

Ini plot twist terbesar tahun ini.

Menuju ke penghujung tahun, Gemini tiba-tiba pecut laju tinggalkan pesaing.

Dengan kemunculan model SOTA (State of the Art) macam Gemini 3 Pro, Flash, dan juga model imej Nano Banana Pro, Google nampaknya betul-betul serius. Tambah pula dengan keupayaan video Veo 3.1.

Semuanya ada dalam satu app.

Kelebihan utama dia sekarang adalah multimodal dan reasoning yang sangat padu.

Pengalaman Peribadi: Kenapa Saya Bertukar Arah?

Jujurnya, saya sendiri lama gunakan ChatGPT sebagai "daily driver".

Sebab utamanya adalah praktikaliti. UI/UX dia memang susah sesiapa nak lawan.

Dia ada vibe produk Apple macam iPhone. Premium, banyak lagi model lain yang perfect, tapi vibe dia memang lain dari yang lain.

Tapi... cerita dia berubah dua minggu lepas.

Bila Google lepaskan Gemini 3 Flash, saya terus buat keputusan drastik. Saya "pivot" sepenuhnya ke Gemini.

Kenapa?

Pertama, kelajuan. Model Flash ni laju gila tapi kualiti tetap padu. Kalau dulu memang personally menyampah sikit dengan Gemini app ni sebab lembab.

Kedua, untuk kerja-kerja strategik dan content creation yang mendalam, terutamanya dalam Bahasa Melayu, saya rasa Gemini jauh lebih "bijak" berbanding yang lain.

Ayat dia kurang baku, lebih natural, dan nampak lebih faham "nuance" atau konteks budaya kita.

Sekarang, app ChatGPT dalam telefon saya dah jarang buka. Gemini dah ambil alih tempat sebagai app utama sebab saya boleh akses semua model SOTA dan experience yang laju dalam satu tempat.

Kesimpulan: Apa Strategi Anda Untuk 2026?

Jadi, macam mana nak pilih?

Ini panduan mudah dari kami untuk anda bawa ke tahun depan.

Pilihan 1: "Saya Nak Satu Je, Malas Pening"
Kalau anda jenis tak suka lompat-lompat app, Gemini adalah pilihan terbaik buat masa ini.

Dia "all-rounder" yang paling solid.

Anda dapat teks power, coding boleh tahan, baca video boleh, buat gambar pun cantik. Semua dalam satu pakej yang laju.

(Tapi ingat, AI ni dunia yang gila. Entah-entah bulan depan DeepSeek pulak jatuhkan semua gergasi ni. Siapa tahu?)

Pilihan 2: "Saya Nak Hasil Paling Optimum"
Kalau anda nak jadi power user, jangan setia pada satu.

Gunakan strategi Diversify.

  • Guna Gemini untuk brainstorm idea, analisis dokumen panjang, dan tulis konten Melayu.
  • Guna Claude bila nak buat coding atau perlukan struktur logik yang sangat kompleks.
  • Guna ChatGPT bila perlukan workflow yang simple dan familiar.

Tahun 2026 bukan lagi tentang siapa ada AI.

Ia tentang siapa pandai pilih AI yang betul untuk kerja yang betul.

Selamat Tahun Baru 2026 dari kami di PandaiTech.

Jumpa lagi tahun depan.

Artikel Berkaitan

Jangan Tertipu Dengan AI "Benchmaxxing"

Jangan Tertipu Dengan AI "Benchmaxxing"

Setiap kali keluar model AI baru, dia claim paling power.

Setup Local AI Dalam Phone Anda

Setup Local AI Dalam Phone Anda

Anda rasa selamat guna ChatGPT atau Gemini untuk semua kerja?

Stop bagi AI data anda - Part 1

Stop bagi AI data anda - Part 1

Ini 2 Cara Halang ChatGPT Intip Rahsia Anda (Part 1). Anda pernah terfikir tak.....

Lihat Semua Artikel