Ramai orang ingat AI ni hidup, ada perasaan, atau ada kesedaran sendiri.
Salah tu.
Realitinya, walaupun dah masuk hujung tahun 2025, AI sebenarnya masih lagi 'probabilistic engine' semata-mata.
Dia tak faham pun apa yang dia tulis.
Dia cuma mesin yang sangat power untuk buat 'next-token prediction'.
Maknanya, dia cuma teka perkataan apa yang paling sesuai keluar lepas satu perkataan tu berdasarkan statistik.
Macam autocorrect smartphone anda, tapi version steroid.
Berkali ganda lagi power.
Sekarang ni memang zaman kegemilangan model gergasi macam Gemini 3 Pro, ChatGPT-5.2 dan Claude Opus 4.5.
Gemini 3 Pro contohnya, memang mendominasi market sekarang dengan kemampuan multimodal dan 'reasoning' yang padu.
Boleh tengok video, boleh faham gambar, boleh coding.
Tapi asas dia tetap sama.
Hanya mesin teka-teka, tapi versi yang makin advanced (pandai).
Cumanya, dia masih lagi takde teknologi 'common sense' macam manusia.
Sebab tu masih wujud isu 'hallucination' yang kekal dalam 2% hingga 5%.
Jawapan dia mungkin nampak bijak dan confident, tapi kemungkinan besar hanya ‘sembang kencang’.
Sebab dia bukan cari fakta, dia cari corak atau 'pattern' daripada data dia yang berlambak tu.
Kalau anda tanya benda yang pelik sikit, dia akan mula mereka-reka cerita sebab dia diprogram untuk lengkapkan ayat, bukan untuk cari kebenaran.
Jadi macam mana cara terbaik nak guna benda ni.
Jangan anggap dia kawan, guru, atau tuhan.
Anggap dia macam 'calculator for ideas'.
Anda kena jadi driver, dia jadi enjin.
Konsep ni kita panggil 'Centaur' atau gabungan manusia dan AI.
Anda bagi arahan atau 'intent' yang jelas, biar dia buat kerja berat, lepas tu anda verify balik hasil dia.
Sebab dalam dunia 2025 ni, isunya bukan manusia lawan AI.
Tapi manusia yang 'augmented' dengan AI lawan manusia yang tak bersedia.
Skill paling mahal sekarang bukan sekadar guna AI, tapi 'orchestration' dan verifikasi.