Sebelum 100% bagi AI agent buat iklan | PandaiTech Blog

29 September 2026 · 1 minit membaca

Sebelum 100% bagi AI agent buat iklan

Sekarang kalau nak guna AI agent untuk Meta Ads, satu perkara saya pegang: Jangan biar dia run sendiri selagi kita belum lock benda asas ni.

A brass safety lock holds a campaign launch lever amid flying blank ad cards and warm radial light streaks.

Sekarang kalau nak guna AI agent untuk Meta Ads, satu perkara saya pegang:

Jangan biar dia run sendiri selagi kita belum lock benda asas ni.

Antara benda yang wajib kita jelaskan awal-awal:

  • Siapa target customer yang betul
  • Offer dan mesej yang nak disampaikan
  • Link dan landing page yang betul
  • Had bajet yang selamat

Bila arah tuju dah kemas, baru sedap kita guna AI untuk accelerate kerja.

Benda ni saya experience masa mula-mula test setup AI agent untuk Meta Ads hari tu.

Dalam beberapa minit saja, agent ni boleh siapkan 5 variasi ads dan 5 landing page serentak.

Laju memang laju. Tapi bila saya check balik:

  • Link offer langsung tak letak
  • Info produk jadi berterabur
  • Gambar sama dia ulang banyak kali
  • Objektif kempen entah ke mana

AI agent ni memang rajin ikut arahan.

Cuma masalahnya, lima variasi iklan tak bermakna kita ada lima strategi berbeza.

Kalau dari awal kita tak jelaskan siapa target audience dan apa offer sebenar, AI ni mula lah nak jadi 'Mat Palatao'.

Nampak macam siap, tapi kalau run terus memang burn duit kita.