Transition CustomGPT ke Agent Skill
Awal tahun lepas, saya try jual Custom GPT kat Limau Labs.
Awal tahun lepas, saya try jual Custom GPT kat Limau Labs.
Masa mula-mula tu tak yakin sangat orang nak beli, tapi sangkut juga 800+ kat Malaysia dan 300+ kat Indonesia.
Walaupun dah dekat setahun tak promote langsung, masih ada 300+ active users sebulan sebab diorang guna benda tu untuk kerja harian.
Tapi lepas tu ada satu masalah timbul.
Bila OpenAI tukar model ChatGPT, prompt dalam CustomGPT tu, saya langsung tak usik, tapi hasil jawapan dia tiba-tiba lari.
Bila customer complain performance dah tak macam dulu, saya memang tak boleh buat apa-apa sebab yang berubah tu model AI kat platform tu sendiri.
Sempena Merdeka ni, pengalaman tu ingatkan saya satu benda:
Bila kita build something atas platform (tanah) orang, akan sentiasa ada bahagian yang kita tak boleh nak kawal.
Selama ni kalau kita setup Custom GPT atau Gems, kita cuma letak instruction, upload fail, tick apa yang patut, lepas tu share link.
Sekarang, cara kerja ni dah mula beralih ke format Agent Skill dalam satu project folder.
Bila guna project folder, kita boleh kumpul semua benda kat satu tempat:
- fail produk dan data research
- offer dan output yang dah siap
- skill khusus ikut task yang kita nak buat
Contohnya, saya ada buat satu skill nama Bina Software Saya.
Saya ambil inspirasi dari skill software engineering, lepas tu simplify supaya orang yang tak tahu coding pun boleh guna.
Daripada AI sibuk tanya pasal database atau benda teknikal, skill ni guide AI tanya soalan bisnes:
- siapa yang guna sistem
- siapa yang masukkan order dan data
- macam mana workflow kerja tu berjalan
Bila kita susun macam ni, AI kurang buat nak memandai-mandai dan lebih faham cara sebenar kita buat kerja.
Bukan bermaksud Custom GPT atau Gems dah tak berguna. Benda tu masih paling senang untuk orang ramai guna sekarang.
Cuma Agent Skills ni next step yang berbaloi untuk kita explore dan expert sekarang.